Thursday, September 25, 2008

Bab 1 - draf pertama

salam...

akhirnyaaaaaaaaa..setelah 2 bulan lebih berusaha, sakit kepala, sakit badan, berkoyok bagai..dapat gak submit draf pertama bab 1.

menduga kesabaran sungguh..

dalam tempoh 2 bulan lebih ni banyak kali rasa nak berhenti aje..pressure tu kuat sangat. Tapi, dapat motivasi drp kawan-kawan seangkatan dan juga yang telah berjaya dlm ph.d depa..betullah pesan supervisor kaklong, kalau buat tesis ni, kena keep in touch ngan kawan2 yang sama ngan kita, baru ada semangat nak menulis tu..kalau tak, mmg hanyut.

malam ni rehat jap.

esok sambung kerja balik..

salam ramadhan yang terlewat dan selamat menyambut lebaran bersama keluarga tercinta. Ada masa kaklong update lagi..

Wassalam

Thursday, July 3, 2008

Ulasan Buku

Salam,

Terima kasih pada Nash dan cik Anonymous yang meminta saya beri ulasan mahupun sinopsis buku tersebut. Ya, saya dah habis baca..ia berkisar pada pengalaman mereka yang dah berjaya dalam pengajian ph.D...biarpun ia sekadar pengalaman mereka, tetapi cara olahannya menarik perhatian saya dan ia bukan sebuah buku yang ajar kita cara nak menulis tesis tu macamana. Ia membuatkan kita berfikir dengan mendalam ttg dunia ph.d kita..pendek kata, kena buat sungguh2. Tak pe, nanti saya citer detail, buat masa sekarang saya tak dpt nak menaip panjang lebar pasal ulasan buku ni..maaf ya.

Friday, June 27, 2008

Terima kasih Kak Ilah

Salam,

TERIMA KASIH KAK ILAH!!!!

Itu yang kaklong dapat ucapkan buat masa ini setelah menerima bungkusan berisi sebuah buku " PhD : kecil tapi signifikan" tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim, dua hari yang lalu daripada Kak Ilah, teman blogger yang sedang menyiapkan disertasi masternya dan juga pengunjung tetap blog ini.

Sebuah buku yang kaklong dah lama berangan nak beli, tapi asyik tertangguh-tangguh, akhirnya menerima ia sebagai satu hadiah persahabatan daripada seorang blogger yang BELUM PERNAH BERSUA MUKA, atau BERTELEFON, jauh sekali berSMS ! Itulah Kak Ilah.

Rupanya dia dah email pada kaklong sejak minggu lepas , tapi kebetulan kaklong tak buka inbox email tu (kaklong ada banyak email add sbnrnya hehe). Bila dia tanya dlm blog lagi satu samada dah baca email atau belum baru kaklong tergerak nak bukak(bertuah punya kaklong). Dia minta alamat rumah rupanya, ada sesuatu utk diposkan katanya. Hmm..berdebor betul masa tu. Apalah benda yang nak diposkan tu. Tak percaya pun ya, yelah, baru kenal kat blog aje tup tup nak bagi hadiah kat kita. Entah apa yang membuatkan kak Ilah memberikan hadiah ini kepada kaklong, kaklong tak tau. Tapi kak Ilah cakap macam kami ni dah kenal lama.. :). Kalau gitu alhamdulillah :). Saya pun rasa macam dah kenal lama ngan akak :). Itulah gerak hati yang Allah bagi pada kitakan.


Yang pasti, kehendak Kak Ilah supaya kaklong mendapat manfaat dari buku tersebut seperti mana titipan notanya, insyaAllah, pasti ada manfaatnya kerana ia melibatkan dunia PhD.

Kak, saya dah mula baca sikit-sikit, belek2..nampak menarik. InsyaAllah, akan khatam juga. Apapun syukur pada Allah kerana atas kehendak Dialah menggerakkan hati Kak Ilah menghadiahkan buku ini :). Dan saya doakan juga, Allah permudahkan perjalanan penulisan tesis akak. Amin.

p.s. Maaf, gambar buku tak dpt dimasukkan sebab pc ni ada problem sikit, cuma syukur masih boleh guna internet. Tapi boleh klik di sini untuk melihatnya.

Tuesday, June 24, 2008

Cabaran berkeluarga

Salam,

Bila anda dah berkeluarga dan melanjutkan pelajaran, tidak kira di peringkat ijazah pertama atau peringkat lebih tinggi, cabarannya amat terasa, terutama jika anda beranak kecil. Ada masanya, hal ehwal anak dan keluarga terpaksa diketepikan demi tuntutan pengajian anda, dan ada masanya hal ehwal pengajian anda terpaksa diketepikan demi kepentingan anak anda.

Macam hari ni, sepatutnya kaklong menghadiri satu seminar yang topik2 k.kerjanya amat bertepatan dengan bidang tesis kaklong, tetapi dek kesihatan Alia yang kena chicken pox tak sembuh betul lagi dan Aiman yang teruk kena cirit birit, mengakibatkan mereka tidak dapat hadir ke taski dan sekolah, maka kaklong terpaksa lupakan seminar tersebut. Kaklong tak de pembantu rumah, tu yang kena berkorban.

Sejujurnya, rasa marah pun ada kerana tak dapat hadiri seminar tu, sebab ia penting untuk tesis kaklong, tapi bila fikirkan kesihatan anak2 ni...kaklong berdoa moga apa yang kaklong korbankan ini ada hikmahnya.

Berbeza dengan mrk yang belum berkahwin, boleh tetapkan apa saja aktiviti nak hadiri atau lakukan yang berkaitan dengan tesis mereka tanpa memikirkan masalah berkeluarga ini kecuali kalau ada masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi yang dicipta sendiri hehee.

Ha, baru teringat. Baru2 ni kaklong bertemu dengan senior kaklong, Kak W yang balik bercuti ke Msia untuk bertemu dengan anak2 dan suaminya. Kami bertemu di lib. kampus. Dia mencari bahan2 penulisan sementara pulang bercuti ni. Kisah Kak W ni lagi mencabar. Beliau buat ph.d di salah satu negara Barat, asalnya nak bawa semua anaknya yang ramai dan suami, malang sekali ada masalah visa dan cabaran2 lain lagi. Akhirnya dia terpaksa mengalah, pergi ke sana seorang diri dan tinggalkan anak2 di bawah jagaan suami dngn sokongan ahli keluarga lain. Bayangkan dia terpaksa tinggalkan bayi yang baru dilahirkan, demi pengajiannya itu. Katanya, umpat orang lain tok sah kiralah sampai cakap dia ni pentingkan diri sendiri bla..bla...Dia pujuk diri sendiri, tak mengapalah, orang lain tak laluinya.

Tapi, part yang kaklong tak tahan tu bila dia cerita mula2 sampai kat sana, hari2 dia menangis sebab rindukan anak2nya hingga satu hari dia ditegur oleh seorang jemaah masjid melihatkan keadaan dia yang amat sedih tu, bertanyakan samaada dia ok atau tidak. Namun, dia dan keluarganya lalui dengan penuh ketabahan. Apatah lagi mempunyai rakan2 serumah bujang yang sama2 penuntut ph.d amat menyokongnya. Hari ini, sedar tak sedar dah 1 tahun lebih dia melalui cabaran belajar ni. Setiap dua bulan sekali rasanya, dia akan balik bercuti sebulan dua untuk bersama dengan keluarganya. Syukur anak2nya dapat sesuaikan diri ngan situasi ini. Yang pasti, dengan kemudahan teknologi yang ada hari ini, hari2 dia luangkan masa 1/2 jam bercakap dengan anak2nya. Dan suaminya juga lalui dngn penuh ketabahan biarpun amat mencabar bagi seorang suami mengendalikan rumahtangga sendirian apatah lagi suami ini turut bekerja.

Dan berkat kesabaran kak W, dia lulus dalam candidature defense (mini viva tak salahnya. Ini di peringkat semester 2 - 4 pengajian tak salahnya) yang pada dia situasi itu amat mencabar. Dah lah sebelum mini viva dia tu, seorang kawannya gagal dalam viva ph.d. Maka tekanannya ketika tu amat hebat. Dan bila dia diberitahu lulus dalam mini viva tu, terasa longlai badannya. Kini, dia tengah sibuk meneruskan penulisan bab yang seterusnya.Kak W, saya doakan akak lulus dengan cemerlang. Dan boleh balik ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Eh, bagi anda yang dah berkeluarga janganlah lemah semangat untuk menyambung pelajaran bila membaca entri ini, sebaliknya jadikan ini salah satu persediaan mental jika anda ingin sambung belajar ya. Pendek kata, kalau orang lain boleh lalui, insyaAllah anda pasti boleh. Dan bagi kaklong? Perjalanan ph.d kaklong masih teramat jauh lagi..defend pun belum lagi..doakan kaklong berjaya juga ya.

Wednesday, June 18, 2008

Bab Satu

Salam,

Lama tak update.

Sebenarnya tengah menaip kandungan untuk Bab 1. Cadangannya Bab Pendahuluan tu nanti yang menerangkan segala mak nenek literature review, research method bla..bla..bla..yang seangkatan dengannyalah. Yang ni kemudian pun tak pe. Ni nak fokus kat bab 1. Supervisor dah bagi hint nak tgk penulisan bab kaklong secepat mungkin. Tu yang jadi semangat tu nak menaip..Duk pening2 ni, baru dapat 9 halaman. Adeh. Kalau tengok kerangka heading dan sub headings ni mau dekat 40 halaman kena buat. Agak-agak dalam 2 minggu ni boleh siap tak satu bab? Tadi sempat tepon sorang kawan baik, interview dia sikit sebanyak nak dpt pandangan dia ttg isu yang diutarakan.

Oh ya, kaklong ni duk menaip kat rumah. Tak pergi kampus pun sebab Huda tak sihat, teruk batuk dia sampai menangis2 sakit tekak. Dah Huda tak pergi, Alia pun tak pergi sama. Maunya dia nak pergi Taski sorang2. Menangis melalak jadinya. Hmm..dah namanya ada anak kat rumah, mmg tak aman. Sambil kita menaip, sambil tulah si Huda sibuk mengendeng suruh betulkan tulisan abjad dia. Yang si Alia duk bergayut kat belakang umminya. Menconteng2 kertas dengan belakang umminya jadi pelapik. Itu belum tadah telinga depa menjerit2 bertekak antara satu sama lain. Boleh gitu..Sabor ajelah. Sib baik hantar si Asmaa ke nurseri, kalau tak, tak jadi kerja. Inilah antara cabaran dunia pelajar seorang ibu beranak ramai hehe. Ni tengah ada mood nak layan depa, kalau tak mmg kena 'halau' duduk jauh2 daripada ummi.

Ok. Nak sambung menaip Bab 1 balik ni. Tapi..mengantukkkkkkkkkkkkkkk (sambil tutup mulut menguap). Tadi menguap mulut terbuka, si Alia menegur "ummi menguap tutup mulut la..ummi tak tau?" Amboi cik mek 3 tahun lebih ni menegur...

Wednesday, June 11, 2008

Semester Satu yang berlalu

Salam semua,

Lama tak update. Malas pun ya gak sebenarnya.

Hmm...sedar tak sedar, dah satu semester berlalu. Apa research progress kaklong? Buat literature review la..itu laporan kaklong ari tu. Kena hantar rp ni sebelum mendaftar untuk sesi baru pada 1 Julai nanti. La ni tgh cuti sem kecuali undergraduate student yang amik short sem tu.

Sekarang ni, kaklong duk terhegeh hegeh macam kura2 buat kerja2 penterjemahan. Sabor ajelah. Dalam sejam dua tu, dapat beberapa helai aje terjemah. Kejap2 semak kamus..mana tak lambat. Sabor ajelah..makkkkkkkkkkkk..kalau duduk kat lib. boleh tersengguk2 menahan mengantuk, ngan sejuk aircondnya lagi.

Abstrak kertas kerja

Tadi, kaklong baru antar abstrak untuk kertas kerja satu seminar yang akan berlangsung insyaAllah sblm akhir tahun ni. Supervisor telefon pagi tadi minta kaklong sediakan abstrak dan email hari ni jugak pada dia. Sib baik tak tersembur nasi lemak yang kaklong tengah makan tu. Mana taknya, topik tak de lagi, abstrak dalam B.I pulak tu. Tapi, kaklong terus nyatakan persetujuan untuk email kat dia. Haha, sikit punya bagus jawab. Walhal dalam hati ya Allah, camner ni tak ready apa2 pun. Alhamdulillah, sampai rumah tup2 idea untuk tajuk datang (supervisor pesan, berkaitan ngan tesis kaklonglah). Pastu perah2 kepala otak buat abstrak. Siap tertidur lagi sambil mencoret tu. Hehe. Penangan nasi lemaklah ni. Itu pun cik abe kejutkan. Sib baik cik abe amik cuti ari ni. Suruh dia tolong semak grammar. Dan jam 12 tgh lbih tadi emailed kat supervisor. Tapi kaklong siap pesan, kalau supervisor tak puas hati, kaklong sedia perbaiki tajuk dan abstrak tu. Harap2nya dia puas hatilah. Ni tak de lagi respon sms drp dia. Puh kiri... puh kanan..mintak2 supervisor puas hati..amin. Oh ya, esok jumpa supervisor utk bincang pasal poster, insyaAllah.

Tahniah Kak M

Tahniah Kak M..tahniah !!!! Mana taknya, member lulus cemerlang utk tesis ph.d dia. Tak de masalah dengan kandungan tesis dia. Cemerlang!!!. Kawan kaklong ni (pangkat senior) buat bidang linguistik B.Arab. Cuma ada benda2 teknikal aje macam spacing, typing error. Diberi masa 2 minggu check balik benda2 teknikaliti tu.
Inilah agaknya berkat dia beranak ramai. 4 anak keluar masa wat ph.d ni !!!. Pendek kata, kalau tak campur dia maternity leaves tu, dlm 5 sems dia buat ph.d ni. Kaklong tak berani nak buat cam dia, sebab dia mmg dah bekerja masa buat ph.d ni. Jadi, kalau buat pelan2 ph.d pun tak risau mana sebab kerja tu mmg dah ada. Macam kaklong ni, memang belum ada kerja tetap. Abih Master ada rezeki buat ph.d. Tu yang nak kena siapkan cepat, sebab persaingan kat luar tu ramai nak cari kerja nanti. Tak pe, lain orang lain rezekinyakan ?

Wednesday, May 21, 2008

Macam kura-kura

Salam,

Hmm..macam kura-kura kaklong ni. Geram ngan diri sendiri pun ya. Mana taknya, bahan-bahan literature review dah ada dalam tangan. Tapi..tapi..tapi...nak duduk betul untuk baca satu persatu memang tak terbuat. Ni dah nak masuk pertengahan Mei, risau betul.

Kaklong ingat kaklong sorang aje alami masalah ni, rupanya kawan-kawan seangkatan pun ada alami masalah yang sama. Apa masalahnya? Masalahnya..bila bahan2 dah ada dalam tangan, tak tau nak wat camner, hehehe. Maksudnya, jadi pening kepala macamana nak susun kerangka bab..heading, sub heading..bla..bla..bla... Lagi haru tak tau nak buat ayat camner huhu..

Sudahnya, timbul idea kat kepala otak ni, baca satu topik, tulis tangan isi2 penting, Kemudian bahan yang lain pun sama, hinggalah baru nampak idea tu kerangka bab nak buat camner. Dan yang pelik tu, sebelum ni kaklong suka terus taip kat pc tapi sekarang kaklong suka tulis dulu kat buku, ha, dalam buku bukan atas kertas kajang. Yelah, ni nak pakai utk 3 tahun beb..Sebab takut hilang helaian2 kertas kajang tu, haru pula. Setiap nota untuk bab2 yang dicadangkan kaklong tulis dalam buku yang berlainan. Tak bercampur aduk. Yang pelik lagi tu, tulis ngan pensil bukan ngan pen. Gitu pulak gaya kaklong kali ni, beza benar masa wat disertasi master dulu.

Dapatkan gak nasihat kawan2 yang dah berpengalaman. Tocey2 guys...

Ni tengah nak apply saranan supervisor; kalau boleh satu hari satu halaman menulis/menaip. Ayoyo..boleh ke ni?

Dan la ni kaklong suka tanya kengkawan yang sama tengah menulis akan perkembangan bab mereka; dah berapa mukasurat menulis, dah banyak ke menaip bla..bla..bla..Bila tau perkembangan mereka tu, jadi semangat sama nak menulis.

Dan ini juga pesan supervisor, kalau kita tengah buat disertasi atau tesis, mesti berkawan dan berhubung dengan mereka yang sama seangkatan dengan kita untuk pastikan mood kita tu sentiasa lancar, tak lari daripada landasan kata orang.

Wednesday, May 14, 2008

Berita gembira II

Salam,

Alhamdulillah. Petang semalam dah pasti dengan khabar gembira itu secara lisan. Pegawai berkenaan yang telefon memberikan khabar ini. Nak tunggu surat rasmi secara hitam putihnya pula.

Dan ini adalah satu cabaran utk pastikan tamat pengajian ni dlm masa 3 thun ni, insyaAllah.

Supervisor pun happy bila tau hal ni. Asalnya sms kat dia aje. Tup tup dia terus call kaklong. Dia pun terkejut2 tgk perjalanan 'khabar gembira' ni begitu cepat dapat keputusannya. Dah tu, dia siap2 dah pesan nak tgk bab 1 tesis kaklong nanti. Maklumlah, 'khabar gembira' ni memudahkan kaklong nak buat penyelidikan nanti, terutama nak siapkan bab 1 dan 2.

Nanti kaklong citer detail bila surat hitam putih tu sampai.

Monday, May 12, 2008

Berita gembira

Salam,

Dalam keadaan demam ni, kaklong mendapat khabar menggembirakan. InsyaAllah, esok segalanya pasti. Akan kaklong ceritakan bila tiba masanya. InsyaAllah.

Thursday, May 8, 2008

Betullah tu

Salam,

Semalam pergi ke jabatan fakulti ambil surat ppp tu. Alhamdulillah, benarlah seperti dikata. Budget ppp tu diluluskan sepenuhnya. Berbaloi sakit kepala tiga hari nak siapkan budget tu. heheh. Alhamdulillah.

Semalam juga hantar jawapan penerimaan ke ofis ppp. Ni tengah tunggu arahan selanjutnya drp pihak sana.

Dan kalau ada rezeki lain disamping budget ini, jawabnya Kota Singa dan Kelantan akan disinggahi dlm masa beberapa bulan lagi. InsyaAllah.

Tuesday, May 6, 2008

Alhamdulillah

Salam,

Alhamdulillah...permohonan peruntukan penyelidikan pascasiswazah (ppp) untuk kitar 1 baru2 ni berjaya!!!!!!!!. Boleh tersenyum lebar. Dan khabarnya budget yang dipohon tu dapat penuh. Tapi,yang ni tak berani nak betul2 happy, tunggu surat hitam putih betul2 dalam tangan baru boleh tersenyum lebar.

Segala resit fotokopi, tambang perjalanan, alat-alat tulis dah sedia ada. Tinggal nak disusun elok2 utk buat tuntutan nanti.

Tak sabar nak ke kampus, pergi ke jabatan ambil surat kat sana. Asmaa, Huda dan Alia masih tak sihat lagi ni. Alia yang paling teruk demamnya. Ya Allah, cepatlah sembuh semua anak-anakku. amin.

Shiha, awak pohon tak ppp ni ?

Monday, April 21, 2008

Ingin sambung belajar

Salam,


Ni kaklong nak jawab soalan rakan blogger mengenai hasrat sambung belajar.


Hehe..sebelum tu nak jawab dulu pasal motivasi tu. Adatlah, ada hari mood kita ok, ada hari mood kita k.o. dan untuk menulis tesis ni pada kaklong, mood kena betul2 ok, baru idea nak meluahkan isi penulisan meluap2..kalau tak tu, alahai..Dan ini memang antara ujian orang belajar, ya tak? Dan adatlah, kita ni manusia, walaupun kita rajin memotivasikan orang lain kita sendiri masih perlukan sokongan moral orang. Tak boleh tidak. Tq sebab bagi semangat ya.


Tentang hasrat untuk sambung belajar oleh wanita yang berkarier mantap dan telah berkeluarga..kenapa tidak? BELAJARLAH!!!!!!!!!!!! Yang nak belajarnya kita bukan orang lain! Yang susah payahnya kita, bukan orang lain! Ya..betul mereka bimbangkan kita, terima kasih. tapi kalau kita dah minat, apapun ujian kita akan pasti melaluinya. InsyaAllah. Melainkan memang ada ujian yg betul2 menghalang kita drp meneruskannya, tak dapat tidak kita terpaksa berhenti. Nak buat macamana. Tunggu lain kali ajelah kalau ada peluang lagi. Dan bila dah sambung belajar tu, jadikan ia satu cabaran pada diri sendiri untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Setiap perkara yang dibuat tu pasti ada cabarannya, sekurang2nya ada hari tak de mood nak belajar, atau nak buat assignment..biasalah tu. Itu namanya cabaran. Ini jawapan asas akak.


Tapi...sebelum tu kena pertimbangkan dahulu dengan lebih mendalam akan situasi2 berikut:


1. Wanita dah berkahwin, nak sambung belajar dapatkan redha suami 100%. Jangan ada kurang. Kalau kurang, slow talk sampai dia setuju betul2. Sebab bila sambung belajar di peringkat lebih tinggi, ia pasti lebih mencabar daripada segi mata pelajarannya, masa kita yang diambil dan sebagainya.


Contohnya: bila belajar peringkat master, corak pengajian berbeza berbanding di peringkat ijazah pertama;


Pertama, kelas biasanya selepas waktu bekerja atau hujung minggu sahaja (ikut pada pentadbiran univ. berkenaan).


Kedua, kekadang satu subjek sampai ada 2 assignment, 1 ujian. Ini bergantung pada cara pensyarah berkenaan. itu baru satu subjek, kalau amik 2-3 subjek satu sem? Kan banyak kerja tu. Dan biasanya assingment yg diberi pada awal semester dan kena hantar pd pertengahan atau akhir sem. ikut pada lecturerlah. Jadi, pandai2lah bila nak buat tu. yang penting hantar pada masa yg ditetapkan. Bagi orang bekerja, cabarannya ialah bila nak ke lib. dan cari bahan2 utk buat assingment tu dan bila masa nak duduk, study n buat assignment tersebut. Hehehe..org yg wat full time tu pun ada yang last minit gak hantar.


Ketiga, markah lulus subjek di peringkat master ni, ikut pengalaman akak belajar dulu, dpt markah 70% baru lulus, bawah drp tu x lulus. Tapi, course dan subjek lain, akak tak tau. Biasanya assingment dan test yang bagus boleh membantu dpt markah sekurang-kurangnya 70% ni. Tapi mungkin course tersebut, kalua dpt 65% pun dah lulus..Apapun kena wat survey dululah. Ini bermakna kita mmg kena pulun belajar, tak boleh main2. Apa halnya asyik carry paper aje ke semester depan, masa terus berjalan.


Kedua, masa dengan keluarga. bila kita dah ada keluarga, masa kita utk lebih bersama mereka akan terbatas sedikit sebanyak..kalau kelas master tu malam, biasanya waktu kelas 8-10 malam atau 7-9 mlm (in between ada rest biasanya terutama solat maghrib) atau kelas petang, 6-8 mlm atau ada ygn 6-10 malam gak..bergantung pada 1 or 2 subjek kita amik pada hari tu. akak dulu pernah kelas sampai jam 10 mlm. 2 jam setiap satu. Penat? mmglah. ada gak yg satu subjek aje tp sampai 3 jam setiap kali kelas. Bergantunglah pada pihak pentadbiran univ. dan pensyarah camner. Kalau dpt suami tak boleh terima, mmg ni biasanya akan timbul konflik, silap2 boleh bergaduh laki bini. Oh ya, kelas bukan hari2, mungkin kalau weekdays tu hanya 2 atau 3 kali seminggu aje, tu yg sampai satu kelas tu 2-3 jam untuk cukupkan credit hours tu.


Itu belum lagi kalau ada assignment group yang korang hanya boleh berjumpa ketika hujung minggu aje utk diskas assignment disebabkan hari biasa kalian bekerja, atau kelas anda hanya weekend aje; pagi sampai petang atau malam. jadi, masa nak berseronok2 ngan keluarga p shopping sana sini atau hadiri kenduri kendara mmg terhad sangat kalau weekend tu..kalau suami tak faham, mmg sukarlah anda nak belajr dengan tenang dan gembira.


itu belum lagi kalau waktu exam. biasanya, mrk yg wat part time belajar ni. mmg amik cuti beberapa hari sblm dan pada hari exam. Kalau berderet subjek minggu tu, jawabnya seminggulah cuti. ada gak yg tak amik cuti pun.



Tau tak, ada suami yg lulusan univ. pun tak support isteri ank sambung belajar. tapi ada suami yg bukan lulusan univ. pnya supportive bila isteri sambung belajar. Boleh terima situasi isteri. jadi isteri boleh belajar dngn tenang dan gembira. So, ini semua anda kena ambil perhatian. Kalau awak belajar dalam keadaan suami anda tak redha, awas..sukar utk habiskan study atau habis study tapi kebahagiaan rumahtangga anda tergugat sedikit sebanyak. Tapi, kalau suami bagi bersyarat, awak kenalah usaha supaya awak penuhi semua syarat2nya tu, kalua tak, mmg susah.


pendek kata, bila awak dpt kelulusan suami tu, kena cerita ngan dia camner bentuk kesibukan awak kelak, apatah lagi kalau dia bukan lulusan ijazah dulu, supaya dia dpt gambaran camner sibuknya awak kelak.


ketiga, anda mempunyai anak? Dan cabaran di sini, masa anda dngn mrk sendiri dah kurang. cth, kalau anda rajin bawak anak p shopping or bercuti sblm ni tapi waktu anda tgh belajar ni, mungkin sukar utk berbuat begitu apatah lagi dngn bebanan assignment yang banyak dengan kerja pejabat lagi. Kena terangkan situasi anda pada anak2 supaya mrk faham. so, hargailah kualiti masa yang ada. perasaan rasa bersalah tu wajib tak lari punya..tapi itu semua anda kena lalui. akak dulu, anak2 dah fahamlah ayat "ummi kena pergi universiti", "ummi kena pergi library", ummi kena pergi kelas...


dulu, akak ada kawan sekelas, anak dia sorang aje. dia pernah mengadu rasa nak berhenti aje belajra sbb tak sanggup dngn penat balik kerja terus pergi kelas, dngn anak perlukan perhatian bila balik rumah..tpi itulah cabaran yg anda perlu lalui.


dulu, masa akak nak submit whole chapters disertasi master akak. akak bertunggu bertangga sebulan kat carrel room lib. balik rmh time waktu lib. tutup malam. Anak akak no. 3 masa tu blm setahun usianya. Bila balik, tgk ada beberapa perkembangannya yg sepatutnya akak tahu dulu sebagai seorang ibu, terlepas. Mmg sedih, tp itulah cabarannya. Kita dan ahli keluarga mmg kena saling berkorban.

lagi satu, kalau awak ada kelas malam dan suami pula dngn sibuknya di waktu malam juga, kebajikan anak2 tu kena fikirkan..sapa nak temankan depa dsb. kalua ada maid tak pelah, kalau tak de, kena tangani dngn bijak.

tapi, seingat akak, kawan2 yg dah berkeluarga dan beranak ni, tak de yg gagal dlm exam..agaknya berkat dpt redha suami, keluarga dan kesungguhan dia belajar. Maka Allah bagi reward kat situ. Nak excellent dlm exam tu mungkin sukar, tp yg pasti tak gagal. insyaAllah.

keempat, nak buat full coursework atau coursework n disertasi (mini tesis)?
kalau anda tak berhasrat nak jadi tenaga pengajar lepas smbung belajar tu, buat full coursework aje. cepat abih belajar. Tapi kalau berhasrat nak jd tenaga pengajar lepas tu, saranan akak, buatlah coursework n disertasi sebabnya disertasi penting (pada akaklah) sbagai persediaan awak sblm awak sambung ph.d nanti. ada pengalaman menulis di peringkat master, banyak membantu awak menulis tesis di peringkat ph.d yang lebih mencabar. so, benda ni awak kena fikir dan pilih betul2 yang sesuai dngn keadaan awak, supaya awak tak menyesal tersalah pilih mode.

Cabaran buat disertasi dlm keadaan awak bekerja..mmg sukar. awak susah nak cpt habis menulis. Ada kawan akak, amik masa 5 tahun nak dpt master degree, sbb dia bekerja dan buat coursework n disertasi. bila kita dah penat, payah nak dpt idea dan mood utk menulis. ni satu cabaran. nak p lib. pun mungkin hanya weekend aje dan itu belum lagi bertembung dngn prog. peribadi sendiri. Tapi, kalau awak mmg seorang yg berdisiplin tinggi. hari2 mengadap kerja tesis. Awak boleh habis pengajian ikut waktunya atau waktu yg awak target tu, insyaAllah.

Jadi, akak tak hairan kalau ada yg bimbang awak sambung belajar sambil bekerja, sbb mmg akan mencabar dan membebankan awak. kerja jadi bertambah. TAPI...kalau awak dah minat, kuat semangat..insyaALlah, awak boleh lepasi semua halangan tu.

Berdoalah sepanjang masa supaya awak sentiasa bersemangat nak siapkan pembelajaran awak. Itu utama. Kedua, jaga hati keluarga yg menyokong anda.

Akak harap bila awak tau sedikit sebanyak situasi2 di atas yang mungkin berlaku, jgn anggap ia suatu yang menakutkan, tapi sebagai pembuka mata dan jalan untuk awak lebih bersedia bergelar pelajar nanti. Mungkin urusan pengajian anda smooth aje, tak de susah apapun. Tapi, yang akak cakap kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman akak dan kawan2 lain.

Ingatlah, walaupun kita dah ada kerja mantap, ia tak menghalang kita drp menambah ilmu secara formal. Berguru kata orang. Kalau orang pertikaikan, cakap ajelah, saja nak tambh ilmu. Kalau depa memperlekeh2kan juga, jgn dilayan. senyum ajelah. Begitulah perangai segelintir manusia yang sukar memahami kehendak orang lain untuk sambung belajar. Lagi satu, bila awak dh belajar tu, kalau ada masalah timbul, sebaiknya jangan mengadu dngn mrk yg suka memperlekehkan anda tu, anda akan lebih down dibuatnya. Berkumpul dan berceritalah dngn mreka yang sama dngn anda dan memahami situasi anda. Anda akan rasa lebih bersemangat dan seronok untuk meneruskan pengajian anda.

Akak tak tau orang lain, tapi pada akak dunia pembelajaran ni indah. Seronok belajar..akak pun bukan jenis bijak orangnya, sederhana aje dalam pelajaran dan kalau tak membaca tu mmg gagallah jawabnya, tapi puji bagi Allah yang meletakkan rasa nak belajar tu masih berterusan dalam hati akak .

Jadi, keputusan di tangan anda. Bincang dngn suami elok2. Yang penting redha suami dan kesanggupan dia dan anak2 juga berkorban sekurang2nya utk 2 tahun awak siapkan pengajian awak(setiap univ. ada tetapkan tempoh min. n max utk tahun pengajian bagi full time n part time study.kena checklah kat sana). Kalau rajin, buat solat istikharah minta Allah tunjukkan adakah sambung belajar adalah yang terbaik utk awak dan kebahagiaan keluarga awak nanti. Juga, jgn putus doa setiap kali lepas solat minta Allah berikan jalan mudah utk awak sambung belajar. Jgn lupa juga minta supaya Allah tunjukkan jika sambung belajar sekarang ni bukan terbaik untuk anda. Mintalah petunjuk Dia ya.

Takat ini aje idea yg terkeluar drp kepala akak. harap ia boleh membantu anda sedikit sebanyak.






Wednesday, April 16, 2008

Bila mood ku menari-nari

Aduh..mood aku menari-nari kebelakangan ini
Kejap ke atas kejap ke bawah
Bila ke atas ia terlalu tinggi
Bila ke bawah ia terlalu rendah
Tak tercapai tangan ku untuk menangkapnya

Wahai mood ku…cepatlah kau kembali ke sisi
Agar mudah untuk aku menguruskan tesis ini

Saturday, March 29, 2008

Kelas tamat

Salam...

Tamat akhirnya kelas research methodologi untuk pelajar2 pascasiswazah yang menggabungkan pelajar Master dan ph.D. Hari ini adalah harinya.

Sedih pula rasanya kerana selepas ini belum tentu kami akan berjumpa lagi, maklumlah untuk kami pelajar ph.D, inilah satu2nya kelas yang ada. Dan bila dah habis ni, memang susah sungguh nak berjumpa kecuali yang ambil inisiatif nak buat perjumpaan. Mana taknya, kebanyakan drp pelajar ph.D ni ada yang datang daripada luar Selangor dan tidak menginap di asrama apatah lagi kebanyakan di antara kami telah berkahwin. Kalau kami yang org Kolumpor atau Selangor ni, saja2 nak terserempak kat kampus tu memang susahlah. Masing2 ada jadual tersendiri.

Tadi, sebelum berpisah dan membawa haluan masing2, kami bertukar2 no telefon dan ada yang bertukar email. Sempat gak tu makan sama2 buat kali ini, harapnya akan makan bersama lagi di lain hari.

Hmm..kaklong fikir nak buat email grup pascasiswazah ni utk teman2 yang rapat tapi mesra :). Bukannya apa, selain daripada nak memastikan silaturrahim terus berpanjangan, email grup ni jugak nak dijadikan tempat meluahkan perasaan stress ke, nak bagi semangat kat satu sama lain ke..go go chaiyyuk!!! Paling penting bila ada kengkawan ni bagitau dah masuk sekian2 bab, ha..masa tu sesapa yang masih terkapai2 nak buat atau nak menghabiskan satu2 bab penulisan ni mesti rasa tercabar dan bersemangat nak buat samakan? Nama grup dah fikirkan? Udah..hihi..tak pe, nanti nak create email add. grup bila free.

Sekarang ni tak boleh, sebab dah letih sangat, baru tak baru dalam 2 jam baru berehat kat rumah ni. Semalam tidur rumah mak. Pagi tadi ke kelas daripada rumah mak. Anak2 semua kat rumah mak. Lepas maghrib tadi kami bertolak balik dan singgah pasaraya beli barang dapur sikit. Ni pun menaip sambil meriba Asmaa yang sedang menyusu. Dah terlelap pun. Ayokk..lenguh dah lengan duk jadi alas kepala asmaa ni, mana nak menaipnya lagi. Oklah..nak rehat dulu..tapi tak leh lelamo, rumah den tunggang langgang ni :(.

Thursday, March 27, 2008

Climb The Thesis Mountain

Salam,

Lama tak update blog ni.

2 minggu hari bekerja kaklong tak keluar rumah. Jaga anak tak sihat.

Tadi kaklong saja surf internet nak cari maklumat tambahan bagaimana nak menulis tesis. Lompat sana lompat sini, tup2 masuk satu website ni. Wow...bulat mata kaklong melihat website yang boleh kaklong katakan menyediakan maklumat lengkap untuk calon2 pascasiswazah menulis tesis. Tajuknya aje menarik "Climb The Thesis Mountain" , sila klik sini . Ada 5 topik besar; set up,design, build, develop, write. Dan pecahan2 sub topik yang menarik. Bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Kenapa kaklong katakan lengkap, sebab website ni sediakan pelbagai maklumat dan idea serta contoh2 untuk menulis tesis yang lengkap daripada awal sehingga ke akhir dan daripada sekecil2 proses hingga sebesar2nya, hatta memberikan maklumat bagaimana untuk menyiapkan diri sebagai seorang pelajar pascasiswazah.

Duk printing dokumen2 tu, adalah dalam beberapa jam (termasuk gangguan anak2 yang tak sihat; Asmaa yang sibuk menyusur sana sini nak kena perhatikan, urusan rumahtangga yang nak kena dibuat, Alia yang pot pet2 lagi :). Nak katanya sediakanlah kertas A4 banyak2 nak memcetak tu sebab banyak sangat maklumat di dalamnya :).

Ok, kena stop dulu. Asmaa atas pangkuan ni dah lasak sangat bergerak2, nak menaip pun dah payah. Tadi camtulah, kita duk sibuk nak mencetak, dia sibuk nak mengusik keyboard, nak sentuh monitor. Itulah dia keadaannya kalau beranak kecil ketika anda menulis tesis :).

Friday, March 21, 2008

'Defend' research proposal

salam,

hehe..baca tajuk kat atas tu org yang dah 'defend' research proposalnya mesti rasa biasa aje. Tapi, kalau nak tau benda alah ni la yang kaklong baru perasan. Minggu lepas pulak tu baru perasan. Apa daaaa...

Padanlah kaklong duk rasa macam ada satu benda yang tak settle lagi. Macam 'blur', tak tau nak fokus apa dulu. Selama ni kaklong memang cari bahan kat library. Duk kumpul2 tu la. Pas tu bila dapat tau kengkawan ada yang dah start bab satu , bab dua. Kaklong pun jadi excited terikut sama nak buat cam diaorang.

Hinggalah pada Sabtu minggu lepas dalam kelas research method. bila berbual2 ngan kengkawan yang dah masuk sem. kedua, bercerita pasal 'defend' research proposal, baru kaklong perasan yang kaklong lum 'defend' lagi research prososal kaklong. No wonderlah depa ada yang dah masuk bab2 penulisan. Barulah rasa terang di hujung jalan. Nampak apa yang kaklong kena fokus dulu.

Kaklong telefon supervisor dalam beberapa hari lepas pasal hal ni. Dia kata tunggu at least lepas 6 bulan nanti. Kaklong baru wat lit. review dalam 3 bulan. Jadi ni adalah masanya nak mantapkan research proposal di samping mendapatkan gambaran awal utk pembentukan bab2 dalam tesis nanti. Sebenarnya dah nampak sikit camner nak buat pembentukan bab2 ni. Hmm..silap2 haribulan paling sikit 5 bab dan paling banyak 7 bab tesis kaklong ni. Tak pe, rujuk nanti pada supervisor bila tiba masanya.

Monday, March 10, 2008

Perbincangan pertama & ppp

Salam,

26 Feb. lepas kaklong wat perbincangan formal yang pertama dngn supervisor. Dia semak lit. review kaklong dan kami bincang dengan lebih mendalam tentang skop kajian kaklong. Tajuk masih tentatif lagi, tapi yang pasti berkaitan dengan perlindungan kanak2. Tak pe, lagi 3 bulan nak submit tesis, baru confirmkan tajuk. Tapi itu lambat lagi.

Lega perbincangan kami berjalan lancar. Paling takut kalau dia komen lit. kaklong teruk sangat. Tapi..alhamdulillah dia terima. Dan dia setuju dengan cadangan kaklong utk tambah mana yang patut.

Jelesnya kaklong dengar kengkawan dah start buat bab satu, ada gak yg dah selit2kan idea utk bab kedua dan seterusnya. Tak boleh jadi ni...membakar semangat nak menulis gak, tu yang minggu lepas, kaklong dah dpt lampu hijau daripada supervisor utk mulakan penulisan bab 1 disamping mantapkan lagi lit. review yang sedia ada. Bukan itu aje, depa ni ada yang dah start bentang kertas kerja berkaitan bidang masing2 di seminar2 yang dianjurkan oleh mana2 pihak luar. Memang skrg pembentangan kertas kerja salah satu daripada syarat yang kami kena penuhi. Pendek kata, kena sentiasa berhubung dengan kawan2 yang sama2 buat ph.D ni, supaya semangat untuk menyempurnakan tesis tu membara berpanjangan.

Oh ya, baru2 ni kaklong ada memohon peruntukan penyelidikan pascasiswazah (Peruntukan ni ada 3 kali utk pelajar ph.D. sepanjang pengajian). Paling pening nak sediakan budget kewangan untuk tempoh satu tahun. Kalau tengok budget tu, macam nampak mudah aje nak membuatnya. Tapi kaklong sakit kepala 3 hari nak menyiapkannya. Awal April keputusan permohonan keluar, insyaAllah. Kalau lulus permohonan utk peringkat pertama ni, insyaAllah kaklong bolehlah p Kota Singa dan Kelantan nak buat kajian sikit berkaitan dengan tesis ni.

Kaklong masih lagi turun naik perpustakaan. Sesekali terasa letih sangat. Baru 3 bulan..ada 2 tahun lebih lagi (itu target kaklong)...what a long journey to go..Takpe..sabar, tekun, kuat semangat, banyak munajat dgn Allah, moga Kaklong berjaya menyempurnakannya. Amin.
Dan sekarang ni, kaklong kena buat catatan semua tajuk artikel drp buku, jurnal, kertas kerja persidangan dll, yang dah kaklong fotokopi, untuk elakkan terfotokopi dua kali. dah kena dah sekali ari tu.

Minggu ni minggu cuti sekolah. Anak-anak dah kat kampung suami sejak kami balik mengundi hari tu, kecuali Asmaa dan Alia. Ingat nak ke library gak, at least sekali dua dlm minggu ni. Tengoklah camner.

Saturday, February 23, 2008

Leganya..

Salam,


Leganya....jam 10 pagi lebih tadi emailed 2nd draft lit.review pada supervisor. Sejak khamis lepas duk fokus kat kerja tu. kiranya khamis dan jumaat tak keluar rumahlah. Duduk mengadap komputer. Tapi dah namanya duduk kat rumah, mana nak fokus 100%. Kejap2 ingat nak jemur kain baju, nak memasak bagai, mengemas apa yang patut, lipat kain baju lagi..mmg tak leh lari daripada nature kita sebagai surirumah hehehe.
Ni kepala berat betul rasanya, maklumlah 2 hari lebih duk fikir benda berat. Malam tadi pun telan panadol sebiji. Rasa macam nak demam. Batuk2 dan gatal tekak pun datang. Oklah, masak tengahari dah settled. Anak2 pun dah makan. Ni rasa nak pi baring kejap, ajak asmaa sekali. Dia dah merengek nak menyusu tu. Chow...
p.s. alamak...baru teringat, lupa nak amik fotokopi bahan bacaan kat lib. Tak pe, dah bayar deposit kat pekerja tu. Boleh lupa lak, walhal janji ngan dia nak amik khamis atau jumaat. Itulah manusia..mudah lupa.

Sunday, February 17, 2008

Sakit pinggang

Salam,

Hari jumaat lepas, kaklong berjanji dengan seorang kawan untuk berjumpa di perpustakaan. Dia ada minta tolong kaklong mencari bahan2 untuk disertasi masternya. Kiranya hari tu nak serahkan bahan2 fotostat la. Dua hari sblm tu duk sibuk memfotostatkan bahan2 dia. Banyak tak banyak, adalah RM 50 kos fotostat keseluruhannya. Kaklong duk bayangkan muntahlah budak ni nak membaca semuanyanya, hihi. Sungguh bagai diteka, terkejut dia masa kaklong tunjukkan fail2 berisi bahan2 fotostat tu. Dia tak sangka sampai banyak camtu kaklong carikan bahan. Dia ingatkan kaklong tolong translatekan sekali. Sayang kaklong tak dapat nak tolong part tu, sebab masa suntuk sangat, kalau dia tak tergesa2 nak hantar draftnya tu, kaklong boleh tolong translatekan. Tak pelah, dia boleh buat sendiri sebenarnya cuma dia bekerja tu yang payah sikit nak curi masa membaca lebih. Kaklong harap sekarang ni dia dah sibuk membaca dan menterjemah dlm masa yang sama. Akhir bulan ni dia nak submit draft tu rasanya.

Lepas dia balik, kaklong pun mula sambung cari bahan untuk diri sendiri. Syukurlah jurnal2 dan buku2 yang dikehendaki ada, bahkan yang tak disangka jumpa pun ada gak. Maka sesi untuk fotostat bermula. Sayang betul masa tu dah 12.30 ke atas sebab service fotostat tutup daripada 12.30 - 2.30 ptg hari Jumaat. Nak tunggu jam 2.30 petang tak boleh dah, sebab waktu tu dah mesti get ready nak balik sebab nak amik anak2.

Sib baik ada self service mesin fotostat disediakan. Kaklong pun apalagi, berdirilah memfotostat daripada jam 12. 30 tgh ke atas tu hingga 2.50ptg!!!! Mak aiii..longuh (lenguh) pinggang den berdiri lamo. Tak pernah seumur hidup kaklong berdiri lama camtu semata2 buat fotostat. Tabiklah kek pekerja2 yg buat kerja fotostat tu, camnerlah depa boleh tahan. Itu belum campur ngan silau cahaya mesin tu lagi.

Ikutkan hati nak sambung fotostat lagi, tapi memandangkan kaklong dah lari drp jadual asal nak balik ambil anak2, terpaksa berhenti jugak. hatta kaklong berjalan kaki keluar kampus menuju ke stesen lrt terdekat. Kalau tunggu bas rapid, hmmm..kalau tunggu 10 minit tu, rasanya berjalan kaki tu memang dah sampai stesen dah. Sahih kaklong lambat tiba (patutnya 3.30 petang dah sampai tpt kerja suami, dan kami berdua akan ke sekolah anak dlm jam 4 ptg, ikut keadaan gaklah), sudahnya suami sendiri pergi ambil anak2 dulu, kemudian dia baru jemput kaklong di tempat yang dijanjikan.

ok, berhenti dulu. wassalam

Friday, February 15, 2008

Terima Kasih Keluarga & Teman

Salam,

Lama kaklong biarkan blog ni bersawang...

Masih berbekas 'ujian' tu dihati kaklong. Tapi sekarang kaklong ok dah. Hari pertama dan kedua masa dapat ujian tu aje yang sedih sangat. Dua hari tu mmg mengalir aje air mata. Macam hilang punca kejap. Syukur family bagi moral support terutama suami. TERIMA KASIH...

Kaklong tak mo citer pasal terkini berita 'ujian' tu. Tiba masanya akan kaklong cerita juga. Dan mungkin juga blog ini akan berubah wajah. Sungguh masih ada rasa terkilan dan amarah di hati. Tapi tak pelah.
TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN
atas sokongan moral supaya kaklong terus berjuang.


Buat masa ini kaklong masih teruskan perjuangan. Semua ni ujian Allah. Barangkali nak uji betul ke sebenarnya Kaklong nak buat phd dalam erti kata sebenar. Dan alhamdulillah, hingga ke saat ini, kaklong memang betul nak buat phd. Tapi tak tau akan datang. Dan Kaklong masih pergi ke library hari2, cari bahan terutama untuk literature review.

Ha..pada yang berhasrat nak sambung belajar tu, sambunglah, jangan segan-segan :)

Sunday, February 10, 2008

Cerita ujian dan Rayuan

Salam,



Lama biarkan blog ni bersawang.



Mungkin ada yang tertanya apa cerita sebenar pasal "ujian" yang kaklong terima ari tu.



Ni baru ada mood nak bercerita. Biasiswa Slai kaklong tidak diperakukan akhirnya. Sabar ajelahkan..syarat bertambah ketat. Dulu masa kaklong apply, syarat tu tak dinyatakan pun. Katanya untuk yang terbaru ni syarat tu terpakai. Jadi, kaklong yang apply masa tahun lepas tu pun terkena sama.



Tak pelah, kaklong dah buat rayuan. Berdasarkan justifikasi2 yang relevan.



Kaklong pasrah. Ada rezeki adalah.



Camner ngan pengajian kalau rayuan gagal juga? Doakan kaklong terus kuat untuk meneruskan pengajian ini.



Ada hikmah di sebalik ujian ini. Pujuk hati kaklong.

Saturday, January 26, 2008

Ujian mendatang

Salam,

Tiba2 ujian datang hari ini. Sepucuk surat rasmi memutuskan segalanya. Cukup untuk mengalirkan air mata. Akan teruskah perjuangan ini? Wallahu 'alam................

Friday, January 25, 2008

Perpustakaan

Salam,

Hari ni tak de mengajar tutorial. Pegi kampus gak, tapi duduk kat perpustakaan la cari bahan untuk literature review. Yang tak suka tu, bila cari buku atau bahan2 yang dikehendaki tak de kat rak, walhal kat web pac tulis buku tu ada. Jenuhlah mencari kot2 terselit kat mana2 ke. Kalau jumpa tu, seronoklah. Kalau tak jumpa tu..alahai...

Wednesday, January 23, 2008

Cuti

Salam,

Hari ni sepatutnya hadiri kuliah Subjek A yang kaklong ajar tutorial tu, tapi disebabkan cuti Thaipussam pun dinikmati oleh warga KL, makanya kaklong pun cutilah. Tapi esok pergi kampus sebab nak ajar tutorial. Tutorial belah tengahari, sebelum tu bolehlah lepak kat lib. cari bahan2 untuk literature review. Cakap pasal cari bahan2 bacaan ni, geram betul bila buku atau jurnal yang kita nak tak de kat tempatnya.

Eh, harapnya esok dapatlah masuk bilik khas yang disediakan untuk tutor . Minggu lepas lagi dah dapat, tapi ada aje halangannya nak duplicate kunci bilik tu. Kaklong berkongsi dengan dua lagi rakan yang sama dapat slai ni.

Oh ya, kaklong baru dapat tau yang segala dokumen kaklong berkaitan dengan biasiswa ni akan dibawa ke dalam meeting antara pihak kampus dengan KPT pada perterngahan Feb. nanti ni. Minta2 confirm la kaklong dapat biasiswa tu sebab kaklong dapat tau ada beberapa kes yang akhirnya student tak dapat offer biaswiswa tu walaupun asalnya dah dapat offer sementara. Lemah lutut dibuatnya. Harap sangat kaklong dapat biasiswa tu. Tolong doakan ya. Kaklong cakap ngan suami, kalau tak dapat ni, tak taulah nak continue atau tidak phd. ni. Hmm..macam bunyi cepat nak mengalah ajekan?

Monday, January 21, 2008

Kelas Metodologi Penyelidikan

Salam,

Hari Sabtu lepas, kaklong hadiri kelas research method buat pertama kalinya. Dah pernah ikuti kelas ni masa buat Master dulu, tapi kali ni p juga sebabnya buat Master kat univ. lain, Ph.D kat univ. lain.

Refresh balik apa yang dipelajari dulu terutamanya cara nak buat literature review. Rasanya bab literature review ni paling mencabarkan? Syukurlah masa Master dulu buat disertasi, jadinya nampak gambaran la nak buat literature review camner, tapi kali ni mmg nak kena capai level phd. Gerun gak bila teringat cakap lecturer ramai calon phd ni kantoi bab literature review hmmm..Harapnya kaklong tak kena camtu la.

Kelas research dua kali seminggu, pagi sampai petang sebab tak semua students boleh hadiri waktu hari bekerja, tu yang gabung pagi sampai petang dalam sehari pada hujung minggu.

Friday, January 18, 2008

Rutin baru

Salam,

Rutin baru kaklong sekarang memang berubah betul. Hari2 pergi ke kampus kecuali sabtu dan Ahad (Cumanya nanti kelas metodologi penyelidikan akan bermula hari Sabtu, itupun berselang minggu). Daripada pagi sampai ke petang, samada lepak kat lib. atau mengajar tutorial. Buat masa ni, pengangkutan utama kaklong adalah LRT dan bas. Teksi jarang sangat, itupun jika terlewat, baru cari teksi. Kalau tutorial jam 9 pagi. Kaklong dah mesti dah berada di kawasan LRT dalam jam 7 pagi lebih. Suami yang hantar ke sana. Kemudian suami akan hantar anak2 ke sekolah, taski dan nurseri. Syukurnya semua tempat anak ni dalam satu kawasan. Dan balik pula, daripada stesen LRT kaklong akan naik rapid kl bas ke tempat kerja suami, kemudian sama2 kami ambil anak pulang. Kecuali kalau dia ada mesyuarat dan habis lewat, kaklong akan terus ke sekolah anak2 dan tunggu suami datang ambil kami semua.

Awalnya, hajat hati nak stay kat kampus sampai lewat petang, kemudian baru balik. Tapi mengenangkan Asmaa masih 3 bulan lebih dan dia masih menyusu badan sepenuhnya. Makanya sebelum pukul 5 kaklong mesti dah ambil dia. Sebab stok susu perah dah habis. Tunggu dia dah besar sikit, at least berumur 6 bulan, dan dah mula makanan pejal mungkin kaklong akan ubah jadual pulang ke rumah.

Bila balik rumah tu, memang dah penat gila2. Nak buat kerja rumah lagi. Tapi itulah dia cabaran yang wajib kaklong tempuhi sekarang ni. Kalau bujang trang tang tang, bolehlah duduk hostel. Tapi ni ada anak 5 dan seorang suami yang wajib dilayan :). Dah balik rumah ni, memang hilang kejap gelaran pelajar tu, jadi surirumah sepenuh masa la. Kecuali nak mengajar tutorial keesokan harinya, memang ada buat note sikit. Atau sediakan note sehari lebih awal lagi. Selebihnya, kerja rumah menunggu. Tak de maid ni memang kena buat sendiri semuanya. Tapi suami dan anak2 kaklong boleh menolong mana yang dia orang boleh buat.

Sekarang, Kaklong cuba didik diri tak merungut itu ini. Kalau takat mengeluh penat tu adatlah kan. Sebab ini yang Allah dah beri dan ia pilihan kaklong juga. Tapi yang pasti, ia mengajar kaklong bahawa kita ni hamba yang lemah, mohon sentiasa padaNya moga diberi kekuatan untuk hadapi apa juga walaupun ia satu perkara kecil.

Tutor

Salam,

Dah bersawang blog ni rupanya. Tak sempat nak update hari2. Mungkin dah ada laptop sendiri nanti, bolehlah nak surf internet daripada mana2 tempat yang ada kemudahan wayarless terutama dalam kawasan kampus.

Banyak nak cerita sebenarnya, tapi tak de ruang nak lama2 depan internet. Nak check inbox email pun tak sempat. Huh..macam sibuk betul bunyinyakan. Pendek kata masih dalam proses menyesuaikan diri dengan alam baru ni. Dulu masa Master macam ni jugalah.


Ok, berita terkini tentang dunia phd kaklong ialah...kaklong jadi tutor subjek supervisor kaklong. Dua subjek, cuma 4 masa ajelah. 1 subjek dua masa tutorial. Subjek A dah bermula. Subjek B belum lagi sebab supervisor belum ambil alih mengajar subjek tu daripada pensyarah asal yang akan bertukar tempat mengajar tak lama lagi.


Pengalaman pertama mengajar? hehehe..menariklah bagi orang baru mcm kaklong. Kaklong cakap awal2 ngan students yang kaklong ni baru first time mengajar budak besor ni heheh. pengalaman mengajar budak menengah pernahlah. Jadi, kaklong harap depa boleh terima segala kekurangan kaklong peringkat awal ni. So far ok. Kalau buat joke, students boleh tergelak spontan la..Minta depa bagi opinion, masih malu2 lagi. Tapi cakap jugalah. Apatah lagi supervisor minta kaklong mengajar dalam B.I. Tapi campur2 la bahasa tu. Nak biasakan student bercakap B.I. Kaklong pun bukannya terrer sangat. Yang pasti, kaklong kena lebihkan banyak membaca sebelum mengajar. Terutama kena baca bahan2 dalam B.I. Hajat hati nanti nak mengajar guna ohp, kalau ada power point kan senang, masalahnya tak de kemudahan tu kat dalam kelas. Ohp pun Ohp lah. Bila tengok stail depa dalam kelas, terkenang balik masa zaman belajar dulu2 hehe.

Yang pasti, kaklong pun masuk kuliah supervisor tu nak tau content pelajaran. Dan sedikit perbincangan dengan supervisor untuk topik2 yang diajar dalam tutorial.
Anyone can share tips how to become an excellent tutor? Thank you in advance :)

Thursday, January 3, 2008

Borang

Salam,

Curi masa sikit.

Petang semalam pergi kampus untuk serahkan laporan kesihatan & X-ray filem kat klinik kesihatan pelajar. Patutnya hari mendaftar lalu dah serahkan, tapi klinik tempat medical check-up ni lupa nak cop. Tak dapat nak serahkan hari tu juga, jadinya semalam baru dpt selesaikan hal ni.

Sebelum submit tu, singgah dulu pejabat Sumber Manusia untuk serahkan beberapa dokumen berkaitan dengan urusan biasiswa. Lega betul rasanya. Pegawai bertugas cakap dah lengkap dokumen yg dia terima tu, dia akan proses. Dia pun tak tahu bila Kementerian Pengajian Tinggi akan keluarkan surat tawaran rasmi biasiswa tu. Tunggu ajelah. Moga mudah urusan ni. Amin.

Petang ni pula dapat jadual waktu tutorial dan kuliah Dr. X. Kaklong dpt tugasan awal; jadi tutor utk dua subjek, A & B. Minggu depan kuliah A akan bermula. Kaklong kena masuk kelas dia, nak taulah content subjek tu. Harapnya kaklong boleh jadi tutor yang baik :) nanti. Risau gak dapat student terrer tahap prof. Emeritus. Naya aje hehehe. Tak pe, cabaran tu supaya sentiasa bersedia sebelum mengajar.

Tuesday, January 1, 2008

Layari Laman Web Perpustakaan

Salam,

Hari ni cuti Tahun Baru.

Siang tadi surf website perpustakaan kampus, mencari tajuk2 bahan yang berkaitan dengan literature review. Mak aii..boleh tahan banyaknya, sampaikan daripada menyalin tangan senarai tajuk2 tu terpaksa copy paste aje dalam word. Menguap-nguap jugaklah dibuatnya. Adalah dalam 20 lebih mukasurat dapat. Itupun terpaksa berhenti sebab dah tak tahan mengantuk. Masih banyak lagi tu. Itu baru satu librari univ. aje, lum cari kat lib. kampus lain. Dan beberapa kali juga masa buat tu sambil memangku si Asmaa sebab dia boring terbaring aje. Dah pandai merengek2 sejak masuk 3 bulan ni. Pandai pulak dia diam masa umminya pegang, tapi tak tahan lama2, lenguh lengan duk mengampu badannya.

Oh ya, my fren, Dr. J dah email satu salinan lit. review tesis phd dia. Nampaklah cara nak wat literature review camner sikit2 dalam B. M ni. No worry, tak de unsur plagiat isi kandungan akan berlaku insyaALlah, sebab bidang kami jauh berbeza hehe.

Esok nak pergi kampus untuk menguruskan beberapa perkara penting lagi yang sepatutnya diselesaikan Isnin lepas, tapi tak jadi.

Tahun Pertama

Salam,

Selamat Tahun Baru 2008.

Tahun ini merupakan tahun pertama kaklong bergelar pelajar semula. Pelajar Phd. Berat gelaran tu. Moga kaklong mampu memikul gelaran ini hingga berakhir dengan kejayaan. Amin.