Showing posts with label Slab/Slai. Show all posts
Showing posts with label Slab/Slai. Show all posts

Sunday, February 10, 2008

Cerita ujian dan Rayuan

Salam,



Lama biarkan blog ni bersawang.



Mungkin ada yang tertanya apa cerita sebenar pasal "ujian" yang kaklong terima ari tu.



Ni baru ada mood nak bercerita. Biasiswa Slai kaklong tidak diperakukan akhirnya. Sabar ajelahkan..syarat bertambah ketat. Dulu masa kaklong apply, syarat tu tak dinyatakan pun. Katanya untuk yang terbaru ni syarat tu terpakai. Jadi, kaklong yang apply masa tahun lepas tu pun terkena sama.



Tak pelah, kaklong dah buat rayuan. Berdasarkan justifikasi2 yang relevan.



Kaklong pasrah. Ada rezeki adalah.



Camner ngan pengajian kalau rayuan gagal juga? Doakan kaklong terus kuat untuk meneruskan pengajian ini.



Ada hikmah di sebalik ujian ini. Pujuk hati kaklong.

Saturday, January 26, 2008

Ujian mendatang

Salam,

Tiba2 ujian datang hari ini. Sepucuk surat rasmi memutuskan segalanya. Cukup untuk mengalirkan air mata. Akan teruskah perjuangan ini? Wallahu 'alam................

Wednesday, January 23, 2008

Cuti

Salam,

Hari ni sepatutnya hadiri kuliah Subjek A yang kaklong ajar tutorial tu, tapi disebabkan cuti Thaipussam pun dinikmati oleh warga KL, makanya kaklong pun cutilah. Tapi esok pergi kampus sebab nak ajar tutorial. Tutorial belah tengahari, sebelum tu bolehlah lepak kat lib. cari bahan2 untuk literature review. Cakap pasal cari bahan2 bacaan ni, geram betul bila buku atau jurnal yang kita nak tak de kat tempatnya.

Eh, harapnya esok dapatlah masuk bilik khas yang disediakan untuk tutor . Minggu lepas lagi dah dapat, tapi ada aje halangannya nak duplicate kunci bilik tu. Kaklong berkongsi dengan dua lagi rakan yang sama dapat slai ni.

Oh ya, kaklong baru dapat tau yang segala dokumen kaklong berkaitan dengan biasiswa ni akan dibawa ke dalam meeting antara pihak kampus dengan KPT pada perterngahan Feb. nanti ni. Minta2 confirm la kaklong dapat biasiswa tu sebab kaklong dapat tau ada beberapa kes yang akhirnya student tak dapat offer biaswiswa tu walaupun asalnya dah dapat offer sementara. Lemah lutut dibuatnya. Harap sangat kaklong dapat biasiswa tu. Tolong doakan ya. Kaklong cakap ngan suami, kalau tak dapat ni, tak taulah nak continue atau tidak phd. ni. Hmm..macam bunyi cepat nak mengalah ajekan?

Thursday, January 3, 2008

Borang

Salam,

Curi masa sikit.

Petang semalam pergi kampus untuk serahkan laporan kesihatan & X-ray filem kat klinik kesihatan pelajar. Patutnya hari mendaftar lalu dah serahkan, tapi klinik tempat medical check-up ni lupa nak cop. Tak dapat nak serahkan hari tu juga, jadinya semalam baru dpt selesaikan hal ni.

Sebelum submit tu, singgah dulu pejabat Sumber Manusia untuk serahkan beberapa dokumen berkaitan dengan urusan biasiswa. Lega betul rasanya. Pegawai bertugas cakap dah lengkap dokumen yg dia terima tu, dia akan proses. Dia pun tak tahu bila Kementerian Pengajian Tinggi akan keluarkan surat tawaran rasmi biasiswa tu. Tunggu ajelah. Moga mudah urusan ni. Amin.

Petang ni pula dapat jadual waktu tutorial dan kuliah Dr. X. Kaklong dpt tugasan awal; jadi tutor utk dua subjek, A & B. Minggu depan kuliah A akan bermula. Kaklong kena masuk kelas dia, nak taulah content subjek tu. Harapnya kaklong boleh jadi tutor yang baik :) nanti. Risau gak dapat student terrer tahap prof. Emeritus. Naya aje hehehe. Tak pe, cabaran tu supaya sentiasa bersedia sebelum mengajar.

Sunday, December 23, 2007

Surat Tawaran Rasmi Penempatan Belajar

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya kaklong dah dapat surat tawaran rasmi daripada univ. untuk memulakan pengajian. Cukup menggembirakan hati. Sesekali tersenyum sendiri. Suami yang tolong ambilkan surat tu kat ofis pusat siswazah pada hari Jumaat lepas (21 Nov). Kaklong tau surat rasmi dah keluar pada Rabu petang. Tapi tak boleh nak keluar on the spot sebab suami tak de kat rumah, waktu pejabat pun dah nak tutup. Tu yang ambil hari Jumaat tu.

Banyak tindakan perlu diambil ni;

Tindakan pertama, kena bagi salinan surat tawaran ni, salinan surat tawaran sementara penaja dan surat memohon memulakan pengajian pada Sumber Manusia univ., untuk tindakan pihak berkenaan selanjutnya. Ini membolehkan kaklong dapat surat tawaran rasmi drp penaja (Kementerian Pengajian Tinggi) yang kaklong akan menerima biasiswa penuh sepanjang pengajian nanti. Yuran pengajian dan elaun peribadi termasuklah tu.

Kedua, kena hantar surat jawapan penerimaan belajar di Univ. dalam kadar segera.

Ketiga, kena buat x-ray, medical check up dll yang berkaitan dengan pendaftaran. Kena ambil tahu bila kelas research methodology bermula (Lupa yang kelas ni wajib diambil).

Keempat, kena uruskan hal nursery anak2 kecil sebab 31 Disember pengajian bermula.

Pendek kata, banyak nak kena uruskan dalam seminggu dua ni.

Thursday, December 6, 2007

Jawapan Lisan

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selepas tarikh 4 Nov. tu, kaklong berdebar menanti keputusan pula. Diterima tau tidak belajar di fakulti X. Kalau diterima, sempat tak surat tawaran tu sampai pada kaklong sebelum 31 Dis. nanti. Ini yang risau ni.

Hari Isnin lepas (3 Dis.), telefon fakulti X bertanyakan keputusan, tapi tak dpt cakap dengan pen. pendaftar sendiri. Cumanya pembantu dia cakap keputusan akan keluar sebelum 31 Dis. Alamak, tak puas hati dengan jawapan tu.

Tadi (Rabu, 5 Dis), saja gatal telefon semula fakulti X. Dapat bercakap dgn pen. pendaftar. Alhamdulillah, secara lisannya kaklong diterima masuk. Cumanya tak berani pegang dengan kata2 tu sehingga dapat surat tawaran. Peg. tersebut minta kaklong call semula minggu depan untuk kepastian yang surat tawaran tu telah disediakan, dan jika dah ada, mungkin kaklong boleh ambil sendiri daripada pihak tersebut, tak perlu diposkan.

Dah dapat surat tu nanti, nak kena buat salinan dan disahkan sebelum dihantar ke Sumber Manusia univ. B. Selepas tu, kena tunggu prosedur seterusnya. Amacam, penat tak kena lalui macam2 prosedur ni?

Wednesday, December 5, 2007

Cabaran berpantang

Bismillahirrahmanirrahiim.

Minggu ke 4 berpantang (minggu pertama persekolahan dibuka selepas raya).


Bertemu dengan Dr. X di pejabatnya pada pertengahan minggu tu (dengan masih berbarut dan memakai baju panas. Tengah berpantang katakan) Kami berbincang. Kemudian bersetuju dengan tajuk dan area cadangan penyelidikan. Tekanan terasa sebabnya ada satu borang tu mesti dihantar selewat2nya hujung minggu keempat berpantang bersama dengan research proposal. Sedangkan kaklong hanya ada masa beberapa hari aje untuk mencari bahan rujukan dan menyediakan research proposal ringkas. Tension..tension. Tambahan pula, kaklong nak kejar masa secepat mungkin sekurang2nya sblm atau pada 1 November untuk selesaikan semua urusan. Kaklong difahamkan, proses untuk meluluskan permohonan belajar sekurang2nya 3 bulan, sedangkan kaklong mesti mendaftar belajar selewat-lewatnya pada 31 Disember, kalau tak, tawaran hadiah tu luput. Tensionkan?


Dalam minggu yang sama, kaklong pergi ke Univ. C sebab lebih berdekatan dengan rumah berbanding Univ. B, untuk urusan cop pengesahan dokumen2 mcm sijil dan transkrip peperiksaan. Memang tak mo kacau suami sebab dia pun sibuk dengan kerjanya. Ada masanya beberapa kali terpaksa ke sana sebab terlupa urusan itulah, tak sempurna urusan inilah.

Minggu ke 5 berpantang.

Pada 1 Nov. (Khamis) kaklong fikirkan dah selesai semua penghantaran dokumen2, borang2 dan research proposal ke pihak2 berkenaan di Univ. B. Rupanya ada tertinggal satu borang lagi masa penyerahan tu. Ya Allah, geram betul. Camnerlah boleh lalai ni. Sib baik peg. yang bertugas tu boleh bertolak ansur menerima borang lain dulu, dan borang yg tertinggal tu mesti diserahkan secepat mungkin. Ingatkan boleh isi borang tu kat situ aje dan terus submit. Tapi salinan surat beranak semua anak mesti dikepilkan juga. Adeh. Geram sangat dengan diri sendiri, kaklong malas nak datang semula hari Jumaat esoknya (mood dah down), sebaliknya Isnin depan tu baru nak hantar. Dahlah nak kena sediakan dokumen tambahan pula i.e. salinan surat beranak anak dan sijil2 serta transkrip exam yang dah abih digunakan semuanya. Sabor ajelah.

Minggu ke 6 berpantang.

4 Nov (Isnin) - pergi ke Univ. C dulu nak dptkan cop pengesahan dokumen2 yang nak dihantar. Kemudian baru ke Univ. B. untuk serahkan dokumen dan borang yang terakhir tu. Kali ni kena pergi sendiri sebab suami tak dapat nak skip kejap. Naik LRT aje. Cuma masa balik aje suami dapat ambil.

Hari tulah betul2 rasa MERDEKA! Rasa nak menjerit lega aje kat luar bangunan Canseleri tu. Tinggal tunggu keputusan aje samada Fakulti X terima kaklong atau tidak dan mesti surat tawaran rasmi keluar sebelum 31 Disember 2007 ( semester kedua bermula). Sebab 31 Disember tu mesti kaklong dah mulakan pengajian. Kalau tidak, akan luput tawaran hadiah latihan berkenaan. Tu yang terkejar2 nak selesaikan semuanya.


Pendek kata, dalam 2 minggu lebih tersebut kaklong memang dah mula terasa bahang nak buat phd. Pernah satu ketika rasa macam nak give up buat urusan itu ini kerana rasa penat sangat; fizikal dan mental. Apatah lagi ada seorang hamba Allah (orang luar) yang seakan melunturkan semangat kaklong nak buat phd. Cara dia bercakap tu macam tak mo menyokong aje. Hinggakan selepas bertemu dengan dia membuatkan kaklong terfikir, betul ke aku nak buat phd ni. Tapi, sahabat2 yang mengetahui urusan kaklong ni bagi sokongan moral. Suami pula sanggup membawa kaklong ke sana ke mari dalam kesibukan dia tu. Mak pulak sanggup nak jaga baby dan anak2 sebentar semasa kaklong keluar berurusan Inilah yang menjadi sumber kekuatan buat kaklong.

Taklimat Slab/Slai

Bismillahirrahmanirrahiim.

Minggu ke 2 berpantang (minggu terakhir berpuasa).

Pada 9 Oktober kaklong sepatutnya menghadiri taklimat berkenaan dengan tawaran hadiah latihan Slab/Slai di Univ. B, sebaliknya suami kaklong yang mewakili kaklong ke sana, apatah lagi kaklong menemani Asmaa di wad neonat kerana jaundice.

Sebaik Asmaa dapat keluar wad. Kaklong pun menelefon Dr. R untuk menetapkan perjumpaan bagi berbincang mengenai cadangan tajuk dan bidang penyelidikan, sekaligus menyediakan research proposal ringkas untuk dikepilkan bersama dokumen2 dan borang yang suami kaklong bawa pulang daripada taklimat berkenaan. Kami bersetuju untuk berjumpa pada minggu pertama selepas cuti hari raya.

Dalam pada itu, bila membelek2 segala borang dan dokumen yang perlu disi dan disediakan, kaklong dapat merasakan ia tugas yang meletihkan dalam keadaan kaklong baru berpantang 2 minggu.

Dan Kaklong kena selesaikan semua perkara berkaitan borang dan dokumen2 yang diperlukan terutama permohonan untuk mendapatkan tempat pengajian secepat mungkin sebab kaklong mesti mendapat surat tawaran daripada tempat pengajian sebelum 31 Disember 2007, kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pengajian bermula. Jika tidak, tawaran hadiah latihan Slab itu akan gugur! Makanya terlepaslah peluang untuk belajar phd. secara percuma, huhuhu.

Jawapan temuduga

Bismillahirrahmanirrahiim.

Macam menunggu durian tak gugur ke tanah akan keputusan temuduga slab/Slai tu. Kerap gak telefon ke Bahagian Sumber Manusia Univ. B bertanyakan khabar berita. Hinggalah dalam bulan September 2007 (tak ingat tarikh), kaklong dapat tau secara lisan yang kaklong lulus dalam temuduga tu, tapi belum dapat surat tawaran lagi. Dan kaklong diberitahu yang dalam bulan Oktober akan diadakan satu taklimat kepada semua yang layak menerima hadiah biasiswa slab/Slai tu.

Yang buat kaklong keliru tu bila pegawai tu bertanya samaada kaklong dah dapat penempatan pengajian atau belum. Tak faham makna penempatan pengajian tu. Akhirnya diterangkan berulang kali, barulah faham yang tawaran hadiah latihan tu tidak melibatkan tempat belajar. Bakal pelajar kena cari tempat pengajian sendiri, tak kisah universiti mana pun dalam negara. Tapi untuk pengambilan kali ni mereka nak pelajar belajar univ. dalam negara dan mesti mendaftar sebelum atau pada 31 Disember 2007.

Jadi, kaklong putuskan untuk memohon belajar di Fakulti X saja sebabnya memang bidang yang kaklong nak ada ditawarkan di fakulti tu. Ikutkan suami suruh memohon Univ. C, tetapi hati kaklong lebih kuat nak memohon kat Fakulti X, Univ. B aje.

Makanya, kaklong menelefon Dr. X di Fakulti X (bekas pensyarah kaklong semasa degree) dan menyatakan hasrat hati kaklong. Syukurlah dia bersetuju untuk menyelia kaklong. Selesai satu kerja. Bahkan kami berjanji untuk berjumpa dalam minggu terakhir September 2007. Tetapi hajat bertemu tak kesampaian sebab minggu terakhir tu, kaklong bersalin pada 30 September. Ia 2 minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin sepatutnya 12 Oktober.

Temuduga

Bismillahirrahmanirrahim,

11 Jun 07 - kaklong menerima panggilan telefon.
Terkejut sangat sebab petang esoknya kaklong diminta menghadiri temuduga Slab/Slai di Fakulti X, univ. B. Mak aiii..tak sempat ready apa ni. Terus telefon mak minta tolong dia jagakan Huda dan Alia. Syukur mak tak kemana2 waktu tu nanti. Kemudian bagitau suami ttg perkara ni. Syukur juga dia ada masa lapang untuk menghantar kaklong waktu tu.

Dalam waktu yang singkat, kaklong sms sahabat baik, S, Z, dan mereka ucapkan tahniah dan doakan yg terbaik utk kaklong. Kemudian, Dr. J yang mendapat tahu berita ini daripada Z, sms ucapan tahniah kepada kaklong. Seronok ada kawan2 yang mendoakan kebaikan kitakan. Kaklong email bertanyakan Dr. J sebab dulu dia pun ikuti program Slab/Slai ni, tapi kat univ. lain. Pesan Dr. J, pihak penemuduga mahu melihat kesungguhan kita nak buat phd ni. Hmm..nampak mudah, tapi nak menyakinkan panel berkenaan tu yang mencabar tu. Sempat gak kaklong surf internet cari maklumat2 yg patut kot2 ditanya dalam interview nanti.

12 Jun - Pagi : perasaan kaklong tiba2 down, entah kenapa, rasa tak mo pergi aje. Tapi kaklong tak cakap dengan suami pun. Tak mo bebankan dia ngan benda remeh temeh ni. Rasa nak menangis pun ada mengenangkan temuduga ni nanti.

Tengahari tu, kami ke Fakulti X, univ. B. Kami solat zuhur di surau kat situ. Kemudian tiba masa utk temuduga. Masa bersalam dan mencium tangan suami, suami ucapkan good luck. Kaklong dah sebak masa tu, air mata bergenang. Takut, itulah yang cakap kat suami. Perlahan-lahan kaklong ke tpt temuduga dan suami pergi ke kafeteria. Menapak mak buyung naik tangga u....lif tak de untuk ke atas sana. Sabor ajelah.

Sampai kat ruang legar luar bilik tempat temuduga tu, rupanya ramai dah keluar masuk temuduga. Rupanya waktu yg kaklong dikehendaki datang adalah waktu temuduga kaklong. Hmm..cuma 4 orang aje calon dalam bidang yang kaklong nak ambil ni. Yang lain2 tu, bidang lain. Ramai gak calonnya utk satu fakulti tetapi pelbagai jabatan.

Alamak, masa tu kaklong dapat tau temuduga dalam B.I dan B.A. Tak de dlm B.M. Kalau tau ada cakap B.A tu, mmg awal2 praktis ngan suami dah. Adoiiii..Katanya, cakap B.A tu utk soalan latarbelakang calon, dan B.I tu utk soalan umum. Adeh...dah 10 tahun lbh krg x cakap B.A ni, sabor ajelah. Dan2 tu gak belajar ngan kawan baru, ingat balik perkataan yang tertentu, cara buat ayat. Lucu betul. Sampai hari ni memang tak boleh lupa saat itu.

Saat temuduga. Oo oo..rupanya ketua penemuduga tu bekas pensyarah kaklong masa degree dulu. Segannya. Ada 2 panel lain. Dan 2 pemerhati. Mulalah sesi temuduga yang mendebarkan dan melucukan. Melucukan sebab kena cakap B.A la..tergagap2 gak, tapi cakap ajelah, dan satu ketika terlupa satu perkataan yg cukup mudah, puas memikirkannya sampai pandang2 siling atas. Tetapi semua panel sabar menanti. Akhirnya dapat gak perkataan tu. Hehehe.

Yang lagi berdebar tu, panel ke 2 tanya dalam B.A juga (alamak, kata soalan latar belakang aje), tajuk tesis dan kenapa nak buat tajuk tu... aduh..tapi syukur dapat jawab gak ngan ayat2 ringkas walaupun tergagap-gagap. Tapi tatabahasa tolak tepilah, hancur rasanya. Hehe..padanlah ngan dah 10 tahun tinggalkan bahasa tu. Nampaknya lepas ni memang nak kena polish balik.

Panel k 3 tanya dlm B. I pula, camner kaklong bahagikan masa sbg isteri, ibu dan pelajar masa pengajian master dulu. Apalagi, cakap ajelah dlm B.I tu, bersemangat tul bercerita sebab terus teringat susah senang buat master dulu. Sampai sebak2 i tell u masa bercakap tu. Hinggakan panel ke 3 mengangguk2 tu membenarkan (barangkali) apa yang kaklong cakap tu.


Dan yang pasti sebelum temuduga berakhir, ketua panel tanya kaklong sekali lagi, tapi dalam B.I la, samaada kaklong boleh tukar area tajuk tesis tu sebab pada dia area tu dah biasa orang buat sebelum ni, dan kaklong terus cakap yang kaklong sanggup tukar tajuk tesis kalau pihak fakulti mahu kaklong buat begitu sebab kaklong memang nak sangat buat phd. Semangat nak belajar tu masih ada lagi, alhamdulillah.

Abih temuduga, keluar aje daripada bilik tu kaklong terus tergelak, sebabnya teringat balik cakap B.A yang tergagap2 tu. Memang tawakal ajelah. Sebab calon lain memang nampak hebat B.A depa tu. Tak pe, kalau ada rezeki tak kemana. Tak mo letak harapan sangat. Kengkawan lain yang menanti giliran terkejut sebab rasa kaklong kejap aje kat dalam. Kejap? Kaklong rasa lama betui.

Balik tu, citer ngan suami bab cakap B.A tu, suami kaklong pun tersengih2 dengar citer kaklong. Citer ngan kengkawan lain, mmg depa pun bantai gelak terutama part kaklong pandang2 siling semata2 nak ingat balik perkataan yang terlupa tu.

Bila email ngan Dr. J, dia bagitau kot2 kaklong dpt strong recommendation drp panel penemuduga dan pemerhati sebab kaklong buat degree dulu kat fakulti tu. Tapi segera kaklong menolak telahan tu kerana kaklong bukan among top students semasa degree. Kaklong ni umpama lalat aje, ada tak de, orang tak kisah pun. Hehe...

Pada kaklong, kalau lulus temuduga tu, memang rezeki Allah nak bagilah, sebab calon2 lain lagi hebat berbanding dengan kaklong yang hanya surirumah yang baru saja habis belajar master dan mereka pula ada yang memang pensyarah/tutor kat ipt lain.

Apapun, temuduga tu satu kenangan dan pengalaman.

Dua minggu selepas tu kaklong dah hadiri satu temuduga kerja utk pensyarah sambilan, tapi tak de rezeki. Hmm..mungkin itu bukan yang terbaik untuk kaklong sebab kaklong sentiasa berdoa, jika satu2 temuduga kerja itu yang terbaik buat kaklong dan keharmonian keluarga kaklong, minta kaklong dapatlah, tapi kalau ia bukan, minta jauhkan. Yelah, kita tak nampak apa yang akan berlaku masa hadapan, hanya Dia yang mengetahuinya, maka dengan Dialah kita memohon untuk berikan kita yang terbaik dalam hidup kita.