Monday, April 21, 2008

Ingin sambung belajar

Salam,


Ni kaklong nak jawab soalan rakan blogger mengenai hasrat sambung belajar.


Hehe..sebelum tu nak jawab dulu pasal motivasi tu. Adatlah, ada hari mood kita ok, ada hari mood kita k.o. dan untuk menulis tesis ni pada kaklong, mood kena betul2 ok, baru idea nak meluahkan isi penulisan meluap2..kalau tak tu, alahai..Dan ini memang antara ujian orang belajar, ya tak? Dan adatlah, kita ni manusia, walaupun kita rajin memotivasikan orang lain kita sendiri masih perlukan sokongan moral orang. Tak boleh tidak. Tq sebab bagi semangat ya.


Tentang hasrat untuk sambung belajar oleh wanita yang berkarier mantap dan telah berkeluarga..kenapa tidak? BELAJARLAH!!!!!!!!!!!! Yang nak belajarnya kita bukan orang lain! Yang susah payahnya kita, bukan orang lain! Ya..betul mereka bimbangkan kita, terima kasih. tapi kalau kita dah minat, apapun ujian kita akan pasti melaluinya. InsyaAllah. Melainkan memang ada ujian yg betul2 menghalang kita drp meneruskannya, tak dapat tidak kita terpaksa berhenti. Nak buat macamana. Tunggu lain kali ajelah kalau ada peluang lagi. Dan bila dah sambung belajar tu, jadikan ia satu cabaran pada diri sendiri untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Setiap perkara yang dibuat tu pasti ada cabarannya, sekurang2nya ada hari tak de mood nak belajar, atau nak buat assignment..biasalah tu. Itu namanya cabaran. Ini jawapan asas akak.


Tapi...sebelum tu kena pertimbangkan dahulu dengan lebih mendalam akan situasi2 berikut:


1. Wanita dah berkahwin, nak sambung belajar dapatkan redha suami 100%. Jangan ada kurang. Kalau kurang, slow talk sampai dia setuju betul2. Sebab bila sambung belajar di peringkat lebih tinggi, ia pasti lebih mencabar daripada segi mata pelajarannya, masa kita yang diambil dan sebagainya.


Contohnya: bila belajar peringkat master, corak pengajian berbeza berbanding di peringkat ijazah pertama;


Pertama, kelas biasanya selepas waktu bekerja atau hujung minggu sahaja (ikut pada pentadbiran univ. berkenaan).


Kedua, kekadang satu subjek sampai ada 2 assignment, 1 ujian. Ini bergantung pada cara pensyarah berkenaan. itu baru satu subjek, kalau amik 2-3 subjek satu sem? Kan banyak kerja tu. Dan biasanya assingment yg diberi pada awal semester dan kena hantar pd pertengahan atau akhir sem. ikut pada lecturerlah. Jadi, pandai2lah bila nak buat tu. yang penting hantar pada masa yg ditetapkan. Bagi orang bekerja, cabarannya ialah bila nak ke lib. dan cari bahan2 utk buat assingment tu dan bila masa nak duduk, study n buat assignment tersebut. Hehehe..org yg wat full time tu pun ada yang last minit gak hantar.


Ketiga, markah lulus subjek di peringkat master ni, ikut pengalaman akak belajar dulu, dpt markah 70% baru lulus, bawah drp tu x lulus. Tapi, course dan subjek lain, akak tak tau. Biasanya assingment dan test yang bagus boleh membantu dpt markah sekurang-kurangnya 70% ni. Tapi mungkin course tersebut, kalua dpt 65% pun dah lulus..Apapun kena wat survey dululah. Ini bermakna kita mmg kena pulun belajar, tak boleh main2. Apa halnya asyik carry paper aje ke semester depan, masa terus berjalan.


Kedua, masa dengan keluarga. bila kita dah ada keluarga, masa kita utk lebih bersama mereka akan terbatas sedikit sebanyak..kalau kelas master tu malam, biasanya waktu kelas 8-10 malam atau 7-9 mlm (in between ada rest biasanya terutama solat maghrib) atau kelas petang, 6-8 mlm atau ada ygn 6-10 malam gak..bergantung pada 1 or 2 subjek kita amik pada hari tu. akak dulu pernah kelas sampai jam 10 mlm. 2 jam setiap satu. Penat? mmglah. ada gak yg satu subjek aje tp sampai 3 jam setiap kali kelas. Bergantunglah pada pihak pentadbiran univ. dan pensyarah camner. Kalau dpt suami tak boleh terima, mmg ni biasanya akan timbul konflik, silap2 boleh bergaduh laki bini. Oh ya, kelas bukan hari2, mungkin kalau weekdays tu hanya 2 atau 3 kali seminggu aje, tu yg sampai satu kelas tu 2-3 jam untuk cukupkan credit hours tu.


Itu belum lagi kalau ada assignment group yang korang hanya boleh berjumpa ketika hujung minggu aje utk diskas assignment disebabkan hari biasa kalian bekerja, atau kelas anda hanya weekend aje; pagi sampai petang atau malam. jadi, masa nak berseronok2 ngan keluarga p shopping sana sini atau hadiri kenduri kendara mmg terhad sangat kalau weekend tu..kalau suami tak faham, mmg sukarlah anda nak belajr dengan tenang dan gembira.


itu belum lagi kalau waktu exam. biasanya, mrk yg wat part time belajar ni. mmg amik cuti beberapa hari sblm dan pada hari exam. Kalau berderet subjek minggu tu, jawabnya seminggulah cuti. ada gak yg tak amik cuti pun.



Tau tak, ada suami yg lulusan univ. pun tak support isteri ank sambung belajar. tapi ada suami yg bukan lulusan univ. pnya supportive bila isteri sambung belajar. Boleh terima situasi isteri. jadi isteri boleh belajar dngn tenang dan gembira. So, ini semua anda kena ambil perhatian. Kalau awak belajar dalam keadaan suami anda tak redha, awas..sukar utk habiskan study atau habis study tapi kebahagiaan rumahtangga anda tergugat sedikit sebanyak. Tapi, kalau suami bagi bersyarat, awak kenalah usaha supaya awak penuhi semua syarat2nya tu, kalua tak, mmg susah.


pendek kata, bila awak dpt kelulusan suami tu, kena cerita ngan dia camner bentuk kesibukan awak kelak, apatah lagi kalau dia bukan lulusan ijazah dulu, supaya dia dpt gambaran camner sibuknya awak kelak.


ketiga, anda mempunyai anak? Dan cabaran di sini, masa anda dngn mrk sendiri dah kurang. cth, kalau anda rajin bawak anak p shopping or bercuti sblm ni tapi waktu anda tgh belajar ni, mungkin sukar utk berbuat begitu apatah lagi dngn bebanan assignment yang banyak dengan kerja pejabat lagi. Kena terangkan situasi anda pada anak2 supaya mrk faham. so, hargailah kualiti masa yang ada. perasaan rasa bersalah tu wajib tak lari punya..tapi itu semua anda kena lalui. akak dulu, anak2 dah fahamlah ayat "ummi kena pergi universiti", "ummi kena pergi library", ummi kena pergi kelas...


dulu, akak ada kawan sekelas, anak dia sorang aje. dia pernah mengadu rasa nak berhenti aje belajra sbb tak sanggup dngn penat balik kerja terus pergi kelas, dngn anak perlukan perhatian bila balik rumah..tpi itulah cabaran yg anda perlu lalui.


dulu, masa akak nak submit whole chapters disertasi master akak. akak bertunggu bertangga sebulan kat carrel room lib. balik rmh time waktu lib. tutup malam. Anak akak no. 3 masa tu blm setahun usianya. Bila balik, tgk ada beberapa perkembangannya yg sepatutnya akak tahu dulu sebagai seorang ibu, terlepas. Mmg sedih, tp itulah cabarannya. Kita dan ahli keluarga mmg kena saling berkorban.

lagi satu, kalau awak ada kelas malam dan suami pula dngn sibuknya di waktu malam juga, kebajikan anak2 tu kena fikirkan..sapa nak temankan depa dsb. kalua ada maid tak pelah, kalau tak de, kena tangani dngn bijak.

tapi, seingat akak, kawan2 yg dah berkeluarga dan beranak ni, tak de yg gagal dlm exam..agaknya berkat dpt redha suami, keluarga dan kesungguhan dia belajar. Maka Allah bagi reward kat situ. Nak excellent dlm exam tu mungkin sukar, tp yg pasti tak gagal. insyaAllah.

keempat, nak buat full coursework atau coursework n disertasi (mini tesis)?
kalau anda tak berhasrat nak jadi tenaga pengajar lepas smbung belajar tu, buat full coursework aje. cepat abih belajar. Tapi kalau berhasrat nak jd tenaga pengajar lepas tu, saranan akak, buatlah coursework n disertasi sebabnya disertasi penting (pada akaklah) sbagai persediaan awak sblm awak sambung ph.d nanti. ada pengalaman menulis di peringkat master, banyak membantu awak menulis tesis di peringkat ph.d yang lebih mencabar. so, benda ni awak kena fikir dan pilih betul2 yang sesuai dngn keadaan awak, supaya awak tak menyesal tersalah pilih mode.

Cabaran buat disertasi dlm keadaan awak bekerja..mmg sukar. awak susah nak cpt habis menulis. Ada kawan akak, amik masa 5 tahun nak dpt master degree, sbb dia bekerja dan buat coursework n disertasi. bila kita dah penat, payah nak dpt idea dan mood utk menulis. ni satu cabaran. nak p lib. pun mungkin hanya weekend aje dan itu belum lagi bertembung dngn prog. peribadi sendiri. Tapi, kalau awak mmg seorang yg berdisiplin tinggi. hari2 mengadap kerja tesis. Awak boleh habis pengajian ikut waktunya atau waktu yg awak target tu, insyaAllah.

Jadi, akak tak hairan kalau ada yg bimbang awak sambung belajar sambil bekerja, sbb mmg akan mencabar dan membebankan awak. kerja jadi bertambah. TAPI...kalau awak dah minat, kuat semangat..insyaALlah, awak boleh lepasi semua halangan tu.

Berdoalah sepanjang masa supaya awak sentiasa bersemangat nak siapkan pembelajaran awak. Itu utama. Kedua, jaga hati keluarga yg menyokong anda.

Akak harap bila awak tau sedikit sebanyak situasi2 di atas yang mungkin berlaku, jgn anggap ia suatu yang menakutkan, tapi sebagai pembuka mata dan jalan untuk awak lebih bersedia bergelar pelajar nanti. Mungkin urusan pengajian anda smooth aje, tak de susah apapun. Tapi, yang akak cakap kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman akak dan kawan2 lain.

Ingatlah, walaupun kita dah ada kerja mantap, ia tak menghalang kita drp menambah ilmu secara formal. Berguru kata orang. Kalau orang pertikaikan, cakap ajelah, saja nak tambh ilmu. Kalau depa memperlekeh2kan juga, jgn dilayan. senyum ajelah. Begitulah perangai segelintir manusia yang sukar memahami kehendak orang lain untuk sambung belajar. Lagi satu, bila awak dh belajar tu, kalau ada masalah timbul, sebaiknya jangan mengadu dngn mrk yg suka memperlekehkan anda tu, anda akan lebih down dibuatnya. Berkumpul dan berceritalah dngn mreka yang sama dngn anda dan memahami situasi anda. Anda akan rasa lebih bersemangat dan seronok untuk meneruskan pengajian anda.

Akak tak tau orang lain, tapi pada akak dunia pembelajaran ni indah. Seronok belajar..akak pun bukan jenis bijak orangnya, sederhana aje dalam pelajaran dan kalau tak membaca tu mmg gagallah jawabnya, tapi puji bagi Allah yang meletakkan rasa nak belajar tu masih berterusan dalam hati akak .

Jadi, keputusan di tangan anda. Bincang dngn suami elok2. Yang penting redha suami dan kesanggupan dia dan anak2 juga berkorban sekurang2nya utk 2 tahun awak siapkan pengajian awak(setiap univ. ada tetapkan tempoh min. n max utk tahun pengajian bagi full time n part time study.kena checklah kat sana). Kalau rajin, buat solat istikharah minta Allah tunjukkan adakah sambung belajar adalah yang terbaik utk awak dan kebahagiaan keluarga awak nanti. Juga, jgn putus doa setiap kali lepas solat minta Allah berikan jalan mudah utk awak sambung belajar. Jgn lupa juga minta supaya Allah tunjukkan jika sambung belajar sekarang ni bukan terbaik untuk anda. Mintalah petunjuk Dia ya.

Takat ini aje idea yg terkeluar drp kepala akak. harap ia boleh membantu anda sedikit sebanyak.






Wednesday, April 16, 2008

Bila mood ku menari-nari

Aduh..mood aku menari-nari kebelakangan ini
Kejap ke atas kejap ke bawah
Bila ke atas ia terlalu tinggi
Bila ke bawah ia terlalu rendah
Tak tercapai tangan ku untuk menangkapnya

Wahai mood ku…cepatlah kau kembali ke sisi
Agar mudah untuk aku menguruskan tesis ini