Friday, January 18, 2008

Rutin baru

Salam,

Rutin baru kaklong sekarang memang berubah betul. Hari2 pergi ke kampus kecuali sabtu dan Ahad (Cumanya nanti kelas metodologi penyelidikan akan bermula hari Sabtu, itupun berselang minggu). Daripada pagi sampai ke petang, samada lepak kat lib. atau mengajar tutorial. Buat masa ni, pengangkutan utama kaklong adalah LRT dan bas. Teksi jarang sangat, itupun jika terlewat, baru cari teksi. Kalau tutorial jam 9 pagi. Kaklong dah mesti dah berada di kawasan LRT dalam jam 7 pagi lebih. Suami yang hantar ke sana. Kemudian suami akan hantar anak2 ke sekolah, taski dan nurseri. Syukurnya semua tempat anak ni dalam satu kawasan. Dan balik pula, daripada stesen LRT kaklong akan naik rapid kl bas ke tempat kerja suami, kemudian sama2 kami ambil anak pulang. Kecuali kalau dia ada mesyuarat dan habis lewat, kaklong akan terus ke sekolah anak2 dan tunggu suami datang ambil kami semua.

Awalnya, hajat hati nak stay kat kampus sampai lewat petang, kemudian baru balik. Tapi mengenangkan Asmaa masih 3 bulan lebih dan dia masih menyusu badan sepenuhnya. Makanya sebelum pukul 5 kaklong mesti dah ambil dia. Sebab stok susu perah dah habis. Tunggu dia dah besar sikit, at least berumur 6 bulan, dan dah mula makanan pejal mungkin kaklong akan ubah jadual pulang ke rumah.

Bila balik rumah tu, memang dah penat gila2. Nak buat kerja rumah lagi. Tapi itulah dia cabaran yang wajib kaklong tempuhi sekarang ni. Kalau bujang trang tang tang, bolehlah duduk hostel. Tapi ni ada anak 5 dan seorang suami yang wajib dilayan :). Dah balik rumah ni, memang hilang kejap gelaran pelajar tu, jadi surirumah sepenuh masa la. Kecuali nak mengajar tutorial keesokan harinya, memang ada buat note sikit. Atau sediakan note sehari lebih awal lagi. Selebihnya, kerja rumah menunggu. Tak de maid ni memang kena buat sendiri semuanya. Tapi suami dan anak2 kaklong boleh menolong mana yang dia orang boleh buat.

Sekarang, Kaklong cuba didik diri tak merungut itu ini. Kalau takat mengeluh penat tu adatlah kan. Sebab ini yang Allah dah beri dan ia pilihan kaklong juga. Tapi yang pasti, ia mengajar kaklong bahawa kita ni hamba yang lemah, mohon sentiasa padaNya moga diberi kekuatan untuk hadapi apa juga walaupun ia satu perkara kecil.

No comments: