Tuesday, June 24, 2008

Cabaran berkeluarga

Salam,

Bila anda dah berkeluarga dan melanjutkan pelajaran, tidak kira di peringkat ijazah pertama atau peringkat lebih tinggi, cabarannya amat terasa, terutama jika anda beranak kecil. Ada masanya, hal ehwal anak dan keluarga terpaksa diketepikan demi tuntutan pengajian anda, dan ada masanya hal ehwal pengajian anda terpaksa diketepikan demi kepentingan anak anda.

Macam hari ni, sepatutnya kaklong menghadiri satu seminar yang topik2 k.kerjanya amat bertepatan dengan bidang tesis kaklong, tetapi dek kesihatan Alia yang kena chicken pox tak sembuh betul lagi dan Aiman yang teruk kena cirit birit, mengakibatkan mereka tidak dapat hadir ke taski dan sekolah, maka kaklong terpaksa lupakan seminar tersebut. Kaklong tak de pembantu rumah, tu yang kena berkorban.

Sejujurnya, rasa marah pun ada kerana tak dapat hadiri seminar tu, sebab ia penting untuk tesis kaklong, tapi bila fikirkan kesihatan anak2 ni...kaklong berdoa moga apa yang kaklong korbankan ini ada hikmahnya.

Berbeza dengan mrk yang belum berkahwin, boleh tetapkan apa saja aktiviti nak hadiri atau lakukan yang berkaitan dengan tesis mereka tanpa memikirkan masalah berkeluarga ini kecuali kalau ada masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi yang dicipta sendiri hehee.

Ha, baru teringat. Baru2 ni kaklong bertemu dengan senior kaklong, Kak W yang balik bercuti ke Msia untuk bertemu dengan anak2 dan suaminya. Kami bertemu di lib. kampus. Dia mencari bahan2 penulisan sementara pulang bercuti ni. Kisah Kak W ni lagi mencabar. Beliau buat ph.d di salah satu negara Barat, asalnya nak bawa semua anaknya yang ramai dan suami, malang sekali ada masalah visa dan cabaran2 lain lagi. Akhirnya dia terpaksa mengalah, pergi ke sana seorang diri dan tinggalkan anak2 di bawah jagaan suami dngn sokongan ahli keluarga lain. Bayangkan dia terpaksa tinggalkan bayi yang baru dilahirkan, demi pengajiannya itu. Katanya, umpat orang lain tok sah kiralah sampai cakap dia ni pentingkan diri sendiri bla..bla...Dia pujuk diri sendiri, tak mengapalah, orang lain tak laluinya.

Tapi, part yang kaklong tak tahan tu bila dia cerita mula2 sampai kat sana, hari2 dia menangis sebab rindukan anak2nya hingga satu hari dia ditegur oleh seorang jemaah masjid melihatkan keadaan dia yang amat sedih tu, bertanyakan samaada dia ok atau tidak. Namun, dia dan keluarganya lalui dengan penuh ketabahan. Apatah lagi mempunyai rakan2 serumah bujang yang sama2 penuntut ph.d amat menyokongnya. Hari ini, sedar tak sedar dah 1 tahun lebih dia melalui cabaran belajar ni. Setiap dua bulan sekali rasanya, dia akan balik bercuti sebulan dua untuk bersama dengan keluarganya. Syukur anak2nya dapat sesuaikan diri ngan situasi ini. Yang pasti, dengan kemudahan teknologi yang ada hari ini, hari2 dia luangkan masa 1/2 jam bercakap dengan anak2nya. Dan suaminya juga lalui dngn penuh ketabahan biarpun amat mencabar bagi seorang suami mengendalikan rumahtangga sendirian apatah lagi suami ini turut bekerja.

Dan berkat kesabaran kak W, dia lulus dalam candidature defense (mini viva tak salahnya. Ini di peringkat semester 2 - 4 pengajian tak salahnya) yang pada dia situasi itu amat mencabar. Dah lah sebelum mini viva dia tu, seorang kawannya gagal dalam viva ph.d. Maka tekanannya ketika tu amat hebat. Dan bila dia diberitahu lulus dalam mini viva tu, terasa longlai badannya. Kini, dia tengah sibuk meneruskan penulisan bab yang seterusnya.Kak W, saya doakan akak lulus dengan cemerlang. Dan boleh balik ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Eh, bagi anda yang dah berkeluarga janganlah lemah semangat untuk menyambung pelajaran bila membaca entri ini, sebaliknya jadikan ini salah satu persediaan mental jika anda ingin sambung belajar ya. Pendek kata, kalau orang lain boleh lalui, insyaAllah anda pasti boleh. Dan bagi kaklong? Perjalanan ph.d kaklong masih teramat jauh lagi..defend pun belum lagi..doakan kaklong berjaya juga ya.

3 comments:

Unknown said...

salam,
ambil setiap cabaran di dalam aspek yang positif. Allah Maha Mengetahui apa yang Syikin lalui, dan ini juga adalah ujian dariNya untuk menguji kesabaran kita. "Adakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji", begitulah maksud (lebih kurang) firman Allah. Setiap orang, lain cabarannya.
Dengan cabaran-cabaran inilah yg akan mendewasakan kita serta kejayaan di sebalik cabaran-cabaran ini adalah yang termanis di dalam hidup. InsyaAllah. Pandai pulak bersyarah..hehehe.. diri sendiri pun belum memasuki laluan PhD lagi..

Anonymous said...

MMmmm.cabaran PhD...sebelum buat..rasa bersemangat..rasa yakin...selalu kata kat diri sendiri, kalau orang lain dah malaluinya dan berjaya, kenapa tidak kita?, cabaran yang dilalui itu biasalah..mana ada kejayaan tanpa kesusahan atau kesulitan disebaliknya...Mudahkan bila kita ungkapkan sesuatu dengan kata2....tapi bila kena pada pada diri sendiri, memang betul2 berada dalam situasi tersebut memang tertekan...betullah kata orang asam garam cabaran dalam PhD ni pelbagai...sememangnya cabaran PhD ni terlalu sukar diungkap dengan kata2...perit sangat...terlalu acapkali 'mengeluarkan diri'dari dunia PhD ni...dalam hal ini beruntunglah bagi yang berkeluarga, ada ruang untuk bersama keluarga.... sehinggakan effective time yang sebenarnya untuk PhD menjadi terlalu sedikit... ternyata kekadang diri kitaterlalu lemah, tiada semangat juang,... sehinggakan ada ketikanya hanya ternampak jalan keluarnya adalah berhenti belajar...nampak negetif kan..tapi masih sentiasa berdoa supaya setiap yang dilakukan mendapat berkat dan dipermudahkan oleh Allah SWT..."Ya Allah Ya Tuhanku..permudahkan lah diri aku dalam urusan PhD ku dan juga kepada semua sahabat2ku dimana jua mereka berada samada yang dikenali atau belum dikenali...

Anonymous said...

thanks for the sharing ... agak menarik dan memberikan motivasi kepada diri ini dan yang lain, insya-Allah

<< ksani >>