Showing posts with label Penempatan Belajar. Show all posts
Showing posts with label Penempatan Belajar. Show all posts

Thursday, January 3, 2008

Borang

Salam,

Curi masa sikit.

Petang semalam pergi kampus untuk serahkan laporan kesihatan & X-ray filem kat klinik kesihatan pelajar. Patutnya hari mendaftar lalu dah serahkan, tapi klinik tempat medical check-up ni lupa nak cop. Tak dapat nak serahkan hari tu juga, jadinya semalam baru dpt selesaikan hal ni.

Sebelum submit tu, singgah dulu pejabat Sumber Manusia untuk serahkan beberapa dokumen berkaitan dengan urusan biasiswa. Lega betul rasanya. Pegawai bertugas cakap dah lengkap dokumen yg dia terima tu, dia akan proses. Dia pun tak tahu bila Kementerian Pengajian Tinggi akan keluarkan surat tawaran rasmi biasiswa tu. Tunggu ajelah. Moga mudah urusan ni. Amin.

Petang ni pula dapat jadual waktu tutorial dan kuliah Dr. X. Kaklong dpt tugasan awal; jadi tutor utk dua subjek, A & B. Minggu depan kuliah A akan bermula. Kaklong kena masuk kelas dia, nak taulah content subjek tu. Harapnya kaklong boleh jadi tutor yang baik :) nanti. Risau gak dapat student terrer tahap prof. Emeritus. Naya aje hehehe. Tak pe, cabaran tu supaya sentiasa bersedia sebelum mengajar.

Wednesday, December 26, 2007

Aku Pelajar

Salam,

Petang tadi pergi ke univ. buat pendaftaran. Alhamdulillah dah selesai. Boleh tersenyum lega. Tapi ada dua urusan lain lagi. Isnin depan baru selesaikan insyaAllah.

Maka, secara rasminya hari ni dalam sejarah; 26 Disember 2007, kaklong bergelar pelajar semula. Aku pelajar!!!!!!!!!!!!!

Emosi bercampur baur; takut, sedih dan gembira. Takut sebab peringkat phd ni bukan mudah (apatah lagi bila dah berkeluarga dan anak ramai pula tu, kecil2 lagi). Memang dah mula terasa bahangnya sejak mula. Persoalan paling penting, boleh ke kaklong tamatkan pengajian on time (Minima 4 semester) ?

Sedih pula sebab memikirkan Asmaa nak dihantar ke nurseri dah. Sian dia kena berkorban. Huda dan Alia pun kena ke tadika juga. Pendek kata semua ahli keluarga kena saling berkorban. Moga ganjarannya berlipat kali ganda lepas kaklong habis belajar nanti. Amin...

Gembira pula sebab...gembiralah hehehe. Yelah, rezeki buat phd ni secara tiba2 saja. Ingatkan mengajar dulu kemudian beberapa tahun akan datang baru apply phd ni. Tup2 Allah beri awal rezeki ni (agaknya Allah nak kaklong belajar habis betul2, baru boleh dapat kerja.Amin). Syukur juga kerana Allah gerakkan hati dan berikan kekuatan untuk sambung belajar lagi. Lepas tu, ditanggung sepenuhnya pula tu. Jadinya, orang (KPT dan Univ.) dah berbudi kita kenalah berbahasa (belajar betui2lah. Takleh kantoi tengah jalan).

Yang pasti, restu suami tercinta tanpa berbelah bagi untuk kaklong belajar lagi yang paling MAHAL nilainya. Redha suami tu pentingkan? Ditambah sokongan ahli keluarga tercinta; anak2, mak, mertua, adik beradik, ipar duai dan lain2.

"Ya Allah, kupohon padaMu, permudahkan segala urusan pelajaranku, keluargaku. Bantulah aku selalu. Amin"

Tuesday, December 25, 2007

X-ray dan Pemeriksaan Kesihatan

Salam,

Alhamdulillah, malam semalam (Isnin:24 Dis) dah selesai buat x-ray dada dan pemeriksaan kesihatan kat klinik panel suami. Borang kesihatan dan filem x-ray tu nak diserahkan semasa mendaftar nanti. Selesai satu urusan.

Esok (Rabu:26 Dis), pergi mendaftar kat kampus pula, insyaAllah. Tak sabar rasanya...

Sunday, December 23, 2007

Surat Tawaran Rasmi Penempatan Belajar

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya kaklong dah dapat surat tawaran rasmi daripada univ. untuk memulakan pengajian. Cukup menggembirakan hati. Sesekali tersenyum sendiri. Suami yang tolong ambilkan surat tu kat ofis pusat siswazah pada hari Jumaat lepas (21 Nov). Kaklong tau surat rasmi dah keluar pada Rabu petang. Tapi tak boleh nak keluar on the spot sebab suami tak de kat rumah, waktu pejabat pun dah nak tutup. Tu yang ambil hari Jumaat tu.

Banyak tindakan perlu diambil ni;

Tindakan pertama, kena bagi salinan surat tawaran ni, salinan surat tawaran sementara penaja dan surat memohon memulakan pengajian pada Sumber Manusia univ., untuk tindakan pihak berkenaan selanjutnya. Ini membolehkan kaklong dapat surat tawaran rasmi drp penaja (Kementerian Pengajian Tinggi) yang kaklong akan menerima biasiswa penuh sepanjang pengajian nanti. Yuran pengajian dan elaun peribadi termasuklah tu.

Kedua, kena hantar surat jawapan penerimaan belajar di Univ. dalam kadar segera.

Ketiga, kena buat x-ray, medical check up dll yang berkaitan dengan pendaftaran. Kena ambil tahu bila kelas research methodology bermula (Lupa yang kelas ni wajib diambil).

Keempat, kena uruskan hal nursery anak2 kecil sebab 31 Disember pengajian bermula.

Pendek kata, banyak nak kena uruskan dalam seminggu dua ni.

Friday, December 14, 2007

Debar menanti

Salam,

Minggu ni penuh mendebarkan.

Minggu lepas kaklong diminta menelefon pen. pendaftar Fakulti X sama ada surat tawaran keluar minggu ini atau tidak.

Beberapa kali telefon no. pen. pendaftar tersebut semenjak hari Isnin hinggalah hari ni (Jumaat) tetapi gagal untuk bercakap dengan pen. pendaftar kerana beliau sibuk dengan mesyuarat dan perbincangan, dan sudah semestinya wrong timing la waktu menelefon tu.

Akhirnya, staff yang tolong menjawab bagi pihak pen. pendaftar tu minta kaklong tinggalkan no. contact untuk mereka hubungi pada minggu hadapan samaada kaklong perlu datang mengambil sendiri surat tawaran (lebih cepat) atau mereka pos sahaja.

Penantian lagi...

Monday, December 10, 2007

Telefon

Salam,

Hari ni (10 Dis.) telefon Fakulti X, bertanyakan khabar surat tawaran rasmi bila nak keluar. Pen. Pendaftar tak de pula. Nanti kena call lagi.

Sebelum tu telefon perpustakaan univ. C, bertanyakan syarat2 alumni untuk menjadi member perpustakaan. Bukannya apa, sebab univ. C paling dekat dengan rumah berbanding univ. B, tempat nak belajar kelak. Jadi, dengan adanya kad member ni bolehlah bila2 pergi nak cari bahan kat univ. C, berbanding dengan kena pergi dapatkan surat pengesahan drp. perpustakaan univ. B yang kaklong ni pelajar univ. tu untuk mendapat kebenaran masuk ke perpustakaan univ. C. nanti. Kan amik masa tu. Tambahan pula, utk satu surat tu hanya sekali aje boleh digunakan rasanya. Lepas tu, kena bawa surat baru lagi. Kan banyak kerja tu.

Dan beberapa jam lalu telefon bahagian Sumber Manusia univ. B bertanyakan prosedur seterusnya untuk dilakukan setelah mendapat surat tawaran rasmi daripada Fakulti X. Hmm..banyak nak kena buat ni bila dah dengar penerangan peg. berkenaan untuk membolehkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan surat tawaran rasmi pengesahan penerimaan biasiswa Slab/Slai pula. Nampaknya minggu depan ni kena banyak bergerak la.

Thursday, December 6, 2007

Jawapan Lisan

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selepas tarikh 4 Nov. tu, kaklong berdebar menanti keputusan pula. Diterima tau tidak belajar di fakulti X. Kalau diterima, sempat tak surat tawaran tu sampai pada kaklong sebelum 31 Dis. nanti. Ini yang risau ni.

Hari Isnin lepas (3 Dis.), telefon fakulti X bertanyakan keputusan, tapi tak dpt cakap dengan pen. pendaftar sendiri. Cumanya pembantu dia cakap keputusan akan keluar sebelum 31 Dis. Alamak, tak puas hati dengan jawapan tu.

Tadi (Rabu, 5 Dis), saja gatal telefon semula fakulti X. Dapat bercakap dgn pen. pendaftar. Alhamdulillah, secara lisannya kaklong diterima masuk. Cumanya tak berani pegang dengan kata2 tu sehingga dapat surat tawaran. Peg. tersebut minta kaklong call semula minggu depan untuk kepastian yang surat tawaran tu telah disediakan, dan jika dah ada, mungkin kaklong boleh ambil sendiri daripada pihak tersebut, tak perlu diposkan.

Dah dapat surat tu nanti, nak kena buat salinan dan disahkan sebelum dihantar ke Sumber Manusia univ. B. Selepas tu, kena tunggu prosedur seterusnya. Amacam, penat tak kena lalui macam2 prosedur ni?