Saturday, June 20, 2009

Belajar belajar juga, beranak beranak juga :)



salam,

bersawang betul blog ni...

Lama tak kongsi cerita pasal pengajian kaklong. masih sibuk ngan dunia pengajian sehinggalah sepanjang april - mei terpaksa menghadkan pergerakan disebabkan kebimbangan kelahiran pra matang bayi kaklong ni kerana baby 'engaged' awal, iaitu pada 27 minggu.

Tara...atas tu gambar anak lelaki kaklong. kiranya anak yang ke 6 tapi anak lelaki ke 2. Seronok sangat atas hadiah Allah ni, yelah dah ada heroin 4, satu hero, naklah tambah satu hero lagi..huh, tamakkan? ada orang dapat semua anak lelaki atau semua anak perempuan relax aje..ye tak? itulah kelemahan manusia, susah nak berpuas hati dengan apa yang ada..

Ok..kaklong bersalin 12 jun lepas, hari jumaat jam 1 a.m. Syukur semuanya dipermudahkan.

Nak dijadikan cerita, sebelum bersalin ni, kaklong sibuk nak siapkan draf ke 2 bagi bab ke 2 dan bab ke 3. Tension i tell you..bimbang tak sempat siapkan sebelum bersalin, sebab utama baby dah 'engaged' awal, bila-bila boleh 'meletup'. Tapi kaklong duk la berdoa," janganlah baby keluar dulu, biar ummi siapkan kerja ummi ni..
Dahlah arahan hantar research progress report kepada penyelia telah dikeluarkan dalam masa 2 minggu sepanjang cuti sekolah baru ni. kalau tak, nanti tak leh nak daftar untuk semester baru, julai nanti ni. Style supervisor kaklong pulak, selagi dia tak tengok progress terkini pelajar dia, dia takkan mahu sign borang research progress report tu, atau kalau dia bagi penilaian, memang tak memberangsangkan..jadinya satu cabaran pada kaklong untuk menghantar pembaikan draf bab ni, at least satu bab dulu. dan akhirnya, pada hari rabu 10 jun kaklong dapat menyiapkannya. Alhamdulillah. Dan Jumaat pula kaklong bersalin. Cantikkan? :) . Kerja draf tesis kaklong tu suami tolong buat pos laju pada supervisor..alhamdulillah, selesai 2 kerja.
Sekarang ni, tunggu badan kuat sikit..nak mulakan kerja baiki draf bab 3..kaklong tak amik cuti belajar sebab hanya menulis aje, tak perlu hadiri kelas. Rugi amik cuti, dahlah dikira cuti tu..kalau tak kira lain cerita. Biasiswa pun stop sekejap kalau kita amik cuti, nak sambung balik tu makan masa oooo...tu yang lomah badan den tu, so, baik tak cuti.
Cuma mungkin ada yang bertanya, ok ke hamil masa tengah belajar ni..pada kaklong atas individu..kalau kehamilan anda jenis mudah, tak jadi masalah. tapi kalau kehamilan anda banyak masalah terutama masalah bleeding, alahan teruk sampai masuk wad dan anda perlu hadiri kelas, itu boleh sedikit sebanyak menjejaskan pembelajaran anda. kaklong ni jenis kehamilan dan kelahiran bayi mudah, alhamdulillah, tu sebab kaklong tak kisah kalau pregnant masa belajar. Masa buat master dulu, kaklong dapat dua anak. Ikutkan sebenarnya tak plan pun nak ada anak tengah buat ph.d ni, tapi ni rezeki Allah bagi, kaklong percaya ada hikmahnya Dia beri masa ni..dan siapa sangka kaklong dapat jantina anak seperti yang diharapkan pula :). TERIMA KASIH ALLAH!!!!
ok..lain masa (entah bila la tu) kaklong kongsi cerita lagi..wassalam.
p/s: lupa nak cerita, hujung bulan mac lepas kaklong ke singapore board library cari bahan kajian. 2 hari pergi.