Thursday, March 27, 2008

Climb The Thesis Mountain

Salam,

Lama tak update blog ni.

2 minggu hari bekerja kaklong tak keluar rumah. Jaga anak tak sihat.

Tadi kaklong saja surf internet nak cari maklumat tambahan bagaimana nak menulis tesis. Lompat sana lompat sini, tup2 masuk satu website ni. Wow...bulat mata kaklong melihat website yang boleh kaklong katakan menyediakan maklumat lengkap untuk calon2 pascasiswazah menulis tesis. Tajuknya aje menarik "Climb The Thesis Mountain" , sila klik sini . Ada 5 topik besar; set up,design, build, develop, write. Dan pecahan2 sub topik yang menarik. Bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Kenapa kaklong katakan lengkap, sebab website ni sediakan pelbagai maklumat dan idea serta contoh2 untuk menulis tesis yang lengkap daripada awal sehingga ke akhir dan daripada sekecil2 proses hingga sebesar2nya, hatta memberikan maklumat bagaimana untuk menyiapkan diri sebagai seorang pelajar pascasiswazah.

Duk printing dokumen2 tu, adalah dalam beberapa jam (termasuk gangguan anak2 yang tak sihat; Asmaa yang sibuk menyusur sana sini nak kena perhatikan, urusan rumahtangga yang nak kena dibuat, Alia yang pot pet2 lagi :). Nak katanya sediakanlah kertas A4 banyak2 nak memcetak tu sebab banyak sangat maklumat di dalamnya :).

Ok, kena stop dulu. Asmaa atas pangkuan ni dah lasak sangat bergerak2, nak menaip pun dah payah. Tadi camtulah, kita duk sibuk nak mencetak, dia sibuk nak mengusik keyboard, nak sentuh monitor. Itulah dia keadaannya kalau beranak kecil ketika anda menulis tesis :).

1 comment:

simah said...

alahai... anak sakit yea? dah sihat dah ker syikin?

awak apa khabar? maaf la lama saya tak masuk sini... saya pun sibuk..sibuk bersosial :0)

saya tabik dengan ketabahan awak la syikin... menuntut ilmu sambil jaga anak... beranak ..masyaAllah...!