Monday, December 10, 2007

Telefon

Salam,

Hari ni (10 Dis.) telefon Fakulti X, bertanyakan khabar surat tawaran rasmi bila nak keluar. Pen. Pendaftar tak de pula. Nanti kena call lagi.

Sebelum tu telefon perpustakaan univ. C, bertanyakan syarat2 alumni untuk menjadi member perpustakaan. Bukannya apa, sebab univ. C paling dekat dengan rumah berbanding univ. B, tempat nak belajar kelak. Jadi, dengan adanya kad member ni bolehlah bila2 pergi nak cari bahan kat univ. C, berbanding dengan kena pergi dapatkan surat pengesahan drp. perpustakaan univ. B yang kaklong ni pelajar univ. tu untuk mendapat kebenaran masuk ke perpustakaan univ. C. nanti. Kan amik masa tu. Tambahan pula, utk satu surat tu hanya sekali aje boleh digunakan rasanya. Lepas tu, kena bawa surat baru lagi. Kan banyak kerja tu.

Dan beberapa jam lalu telefon bahagian Sumber Manusia univ. B bertanyakan prosedur seterusnya untuk dilakukan setelah mendapat surat tawaran rasmi daripada Fakulti X. Hmm..banyak nak kena buat ni bila dah dengar penerangan peg. berkenaan untuk membolehkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan surat tawaran rasmi pengesahan penerimaan biasiswa Slab/Slai pula. Nampaknya minggu depan ni kena banyak bergerak la.

2 comments:

Anonymous said...

kaklong, congrats ye coz dpt smbg PhD. Baru berkesempatan jenguk blog akak ni. Kat ofis baru ni tak dan langsung la nak rehat. Byk sgt keje. Anyway, bab masuk library tu, tak payah dah surat2 tu. Just tunjuk jer kad matric akak tu bila nak masuk library sini. Ok yer, apa2 hal bleh contact sy klu ada kemusykilan.

Kaklong Syikin said...

Salam,

heheh..terkejut akak ada org masuk sini dah. akak rasa akak belum open for public lagi.akak dah set camtu.

tq for the info. ada masa mmg nak ke sanalah. ada rezeki boleh ler kita terserempak :)