Wednesday, December 5, 2007

Cabaran berpantang

Bismillahirrahmanirrahiim.

Minggu ke 4 berpantang (minggu pertama persekolahan dibuka selepas raya).


Bertemu dengan Dr. X di pejabatnya pada pertengahan minggu tu (dengan masih berbarut dan memakai baju panas. Tengah berpantang katakan) Kami berbincang. Kemudian bersetuju dengan tajuk dan area cadangan penyelidikan. Tekanan terasa sebabnya ada satu borang tu mesti dihantar selewat2nya hujung minggu keempat berpantang bersama dengan research proposal. Sedangkan kaklong hanya ada masa beberapa hari aje untuk mencari bahan rujukan dan menyediakan research proposal ringkas. Tension..tension. Tambahan pula, kaklong nak kejar masa secepat mungkin sekurang2nya sblm atau pada 1 November untuk selesaikan semua urusan. Kaklong difahamkan, proses untuk meluluskan permohonan belajar sekurang2nya 3 bulan, sedangkan kaklong mesti mendaftar belajar selewat-lewatnya pada 31 Disember, kalau tak, tawaran hadiah tu luput. Tensionkan?


Dalam minggu yang sama, kaklong pergi ke Univ. C sebab lebih berdekatan dengan rumah berbanding Univ. B, untuk urusan cop pengesahan dokumen2 mcm sijil dan transkrip peperiksaan. Memang tak mo kacau suami sebab dia pun sibuk dengan kerjanya. Ada masanya beberapa kali terpaksa ke sana sebab terlupa urusan itulah, tak sempurna urusan inilah.

Minggu ke 5 berpantang.

Pada 1 Nov. (Khamis) kaklong fikirkan dah selesai semua penghantaran dokumen2, borang2 dan research proposal ke pihak2 berkenaan di Univ. B. Rupanya ada tertinggal satu borang lagi masa penyerahan tu. Ya Allah, geram betul. Camnerlah boleh lalai ni. Sib baik peg. yang bertugas tu boleh bertolak ansur menerima borang lain dulu, dan borang yg tertinggal tu mesti diserahkan secepat mungkin. Ingatkan boleh isi borang tu kat situ aje dan terus submit. Tapi salinan surat beranak semua anak mesti dikepilkan juga. Adeh. Geram sangat dengan diri sendiri, kaklong malas nak datang semula hari Jumaat esoknya (mood dah down), sebaliknya Isnin depan tu baru nak hantar. Dahlah nak kena sediakan dokumen tambahan pula i.e. salinan surat beranak anak dan sijil2 serta transkrip exam yang dah abih digunakan semuanya. Sabor ajelah.

Minggu ke 6 berpantang.

4 Nov (Isnin) - pergi ke Univ. C dulu nak dptkan cop pengesahan dokumen2 yang nak dihantar. Kemudian baru ke Univ. B. untuk serahkan dokumen dan borang yang terakhir tu. Kali ni kena pergi sendiri sebab suami tak dapat nak skip kejap. Naik LRT aje. Cuma masa balik aje suami dapat ambil.

Hari tulah betul2 rasa MERDEKA! Rasa nak menjerit lega aje kat luar bangunan Canseleri tu. Tinggal tunggu keputusan aje samada Fakulti X terima kaklong atau tidak dan mesti surat tawaran rasmi keluar sebelum 31 Disember 2007 ( semester kedua bermula). Sebab 31 Disember tu mesti kaklong dah mulakan pengajian. Kalau tidak, akan luput tawaran hadiah latihan berkenaan. Tu yang terkejar2 nak selesaikan semuanya.


Pendek kata, dalam 2 minggu lebih tersebut kaklong memang dah mula terasa bahang nak buat phd. Pernah satu ketika rasa macam nak give up buat urusan itu ini kerana rasa penat sangat; fizikal dan mental. Apatah lagi ada seorang hamba Allah (orang luar) yang seakan melunturkan semangat kaklong nak buat phd. Cara dia bercakap tu macam tak mo menyokong aje. Hinggakan selepas bertemu dengan dia membuatkan kaklong terfikir, betul ke aku nak buat phd ni. Tapi, sahabat2 yang mengetahui urusan kaklong ni bagi sokongan moral. Suami pula sanggup membawa kaklong ke sana ke mari dalam kesibukan dia tu. Mak pulak sanggup nak jaga baby dan anak2 sebentar semasa kaklong keluar berurusan Inilah yang menjadi sumber kekuatan buat kaklong.

No comments: