Wednesday, December 5, 2007

Taklimat Slab/Slai

Bismillahirrahmanirrahiim.

Minggu ke 2 berpantang (minggu terakhir berpuasa).

Pada 9 Oktober kaklong sepatutnya menghadiri taklimat berkenaan dengan tawaran hadiah latihan Slab/Slai di Univ. B, sebaliknya suami kaklong yang mewakili kaklong ke sana, apatah lagi kaklong menemani Asmaa di wad neonat kerana jaundice.

Sebaik Asmaa dapat keluar wad. Kaklong pun menelefon Dr. R untuk menetapkan perjumpaan bagi berbincang mengenai cadangan tajuk dan bidang penyelidikan, sekaligus menyediakan research proposal ringkas untuk dikepilkan bersama dokumen2 dan borang yang suami kaklong bawa pulang daripada taklimat berkenaan. Kami bersetuju untuk berjumpa pada minggu pertama selepas cuti hari raya.

Dalam pada itu, bila membelek2 segala borang dan dokumen yang perlu disi dan disediakan, kaklong dapat merasakan ia tugas yang meletihkan dalam keadaan kaklong baru berpantang 2 minggu.

Dan Kaklong kena selesaikan semua perkara berkaitan borang dan dokumen2 yang diperlukan terutama permohonan untuk mendapatkan tempat pengajian secepat mungkin sebab kaklong mesti mendapat surat tawaran daripada tempat pengajian sebelum 31 Disember 2007, kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pengajian bermula. Jika tidak, tawaran hadiah latihan Slab itu akan gugur! Makanya terlepaslah peluang untuk belajar phd. secara percuma, huhuhu.

No comments: