Tuesday, December 4, 2007

Mulanya Satu Permohonan

Salam semua,

Pengisian borang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. bermula secara tidak sengaja sebenarnya. Asalnya seorang ex classmate masa degree dulu, Dr. J telah menyebutnya di dalam email yahoo grup kami berkenaan dengan interview terbuka oleh ipta2 di KL Central untuk jawatan pensyarah. Kengkawan dalam grup tau aku sedang mencari pekerjaan lepas tamat pengajian master secara rasminya pada Disember 2006. Dan mencari pekerjaan adalah tugas utamaku sekarang. Memang sebelum tu aku ada juga menghantar resume ke beberapa ipta/s untuk memohon kerja.

Berbalik kepada cerita tadik. Aku dan suami pergi ke KL Central pada Isnin, 28 Mei 07 yang kebetulan hari terakhir sepanjang 3 hari ia berlangsung. Itu pun aku tau last minit yang ia adalah hari terakhir daripada sebuah ipta yang turut menyertai program tu.

Sejujurnya, aku tak bersedia langsung secara fizikal dan mental untuk ke sana kerana kepenatan yang amat disebabkan Sabtu dan Ahad sebelumnya adalah majlis perkahwinan adik iparku di rumah pihak perempuan. Ditambah pula keadaan aku yang hamil 4 bulan lebih kurang ketika itu dalam keadaan on off sihatnya. Tetapi suami yang beria-ia mengajak aku pergi, aku mengalah juga.

Bayangkan, masa dalam keretalah baru aku sempat menyusun segala transkrip dan sijil2 kerana sebelum tu sibuk menyiapkan Huda dan Alia untuk ditumpangkan ke rumah mak. Pening dan mabuk jadinya sebab aku memang pening kalau membaca atau buat kerja dalam keadaan kenderaan bergerak. Ditambah pula ngan lenguh2 badan yang penat tu. Ibu hamil katakan.

Sampai di sana, tandas adalah tempat pertama aku tujui. Aku muntah cukup2. Kesian orang kat luar kena tunggu lama. Lepas tu baru aku lega. Kemudian pergi makan tengahari dengan suami. Setelah tu baru ke tingkat atas ke booth2 ipta/s yang menyertai program ini. Pening dan blur jadinya tengok booth yang banyak tu. Daripada satu booth ke satu booth Ipta aku lawati sebelum mengisi borang. Ada yang tawarkan jawatan yang sesuai dengan bidang dan kelayakanku tetapi jauh pula tempatnya seperti di Johor, Pahang dll. Ada ipta yang berdekatan pula, tak buka tawaran kerja yang aku kehendaki ataupun mereka hanya mahukan phd holder. Adui...

Kemudian, aku ke dua buah booth ipta; univ. A dan B. Nampaknya univ. A menawarkan kerja yang sesuai dngn kelayakanku walaupun bidang yang sedikit berbeza. Dan univ. B pula, hanya ada tawaran kerja untuk phd holder tetapi mereka ada menawarkan program Slab/Slai untuk peringkat phd. Pertama kali mendengar istilah Slab/Slai ni. Aku dan suami tertarik dengan tawaran Slab/Slai ni kerana student hanya perlu belajar sahaja kerana yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan univ. berkenaan dan elaun bulanan diberi pula. Bukan sedikit elaun untuk pelajar phd. Ribu riban gak, mcm gaji lecturer! Dan jika pihak univ. berpuas hati dengan prestasi pelajar tersebut, maka ada jaminan pekerjaan di univ. berkenaan. Cuma syarat utama, tak boleh bekerja dalam tempoh pengajian tu, boleh kena tindakan undang-undang.

Makanya, aku pilih untuk mengisi borang univ. A dan univ. B, yelah kot2 salah satu sangkutkan. Tapi malangnya, masa nak memohon borang utk kedua2 ipt tu, aku hanya boleh memilih salah satu je. Lerrr..ingatkan boleh isi banyak borang. Berbincang dengan suami, dia kuat menyuruh aku ambil borang univ. B. Hmm..instinct kami sama rupanya. Kami ke booth univ. B semula untuk bertanya lanjut.

Pegawai HR univ. B yang aku temui bertanya sama ada aku sanggup nak buat phd dalam tahun 2007 ni juga. Aku jawab sanggup tanpa berfikir panjang sebab mmg semangat berkobar-kobar nak buat phd. Naknya ditanggung sepenuhnya, sapa yang tak nak. Dan untuk pengambilan kali ini, pengajian phd tu hanya buat di univ. tempatan bukan di luar negara. Aku tak kisah, dan kata sanggup. Apatah lagi 2 anak dah bersekolah. Tapi, kalau ke oversea pun cik abe dah cakap awal2 sanggup nak teman, bawalah anak2 semua. Aku diberitahu lagi yang dalam tempoh sebulan akan dipanggil temuduga di univ. berkenaan mengikut bidang pengajian yang aku pohon.


Duk fikir lepas isi borang tu boleh balik dah, rupanya kena duduk ujian bertulis pula kat Hotel sebelah dengan KL Central tu, kemudian serahkan borang, resume dan jawapan peperiksaan. Baru aku perasan, aku tak bawa pensil case langsung. Hanya sebatang pen ! ya Allah, tak tau nak kata dah. Aku pun selamba aje lenggang kangkung bersama sebatang pen masuk ke dalam dewan hotel yang dijadikan dewan peperiksaan.

Kena jawab 2 soalan karangan yang berlainan. Satu karangan Bahasa Inggeris dan satu lagi dalam Bahasa Melayu. Soalan umum. Tak boleh pilih tajuk, jawab tajuk yang diberi. Dua2 soalan kena jawab dalam tempoh 45 minit tak salahnya. Aku sempat tengok keliling, ada yang jenuh berfikir, ada yang tekun menulis. Aku pun jawab ajelah. Kalau salah ayat tu, aku palang ajelah, dah liquid paper pun tarak. Habis menulis tu, aku bawa kertas jawapan tu dan segala dokumen berkaitan untuk diserahkan kepada peg. HR univ. B tadi.

Dan aku pulang ke rumah bertawakal ajelah. Seperti biasa, aku suka berdoa, kalau ini yang terbaik utk kebahagiaan keluarga aku, mudahkan rezeki aku ni.

1 comment:

Erman said...

salam.
mencari info slab/slai. tersinggah ke blog ini. terima kasih atas perkongsian!