Wednesday, December 26, 2007

Aku Pelajar

Salam,

Petang tadi pergi ke univ. buat pendaftaran. Alhamdulillah dah selesai. Boleh tersenyum lega. Tapi ada dua urusan lain lagi. Isnin depan baru selesaikan insyaAllah.

Maka, secara rasminya hari ni dalam sejarah; 26 Disember 2007, kaklong bergelar pelajar semula. Aku pelajar!!!!!!!!!!!!!

Emosi bercampur baur; takut, sedih dan gembira. Takut sebab peringkat phd ni bukan mudah (apatah lagi bila dah berkeluarga dan anak ramai pula tu, kecil2 lagi). Memang dah mula terasa bahangnya sejak mula. Persoalan paling penting, boleh ke kaklong tamatkan pengajian on time (Minima 4 semester) ?

Sedih pula sebab memikirkan Asmaa nak dihantar ke nurseri dah. Sian dia kena berkorban. Huda dan Alia pun kena ke tadika juga. Pendek kata semua ahli keluarga kena saling berkorban. Moga ganjarannya berlipat kali ganda lepas kaklong habis belajar nanti. Amin...

Gembira pula sebab...gembiralah hehehe. Yelah, rezeki buat phd ni secara tiba2 saja. Ingatkan mengajar dulu kemudian beberapa tahun akan datang baru apply phd ni. Tup2 Allah beri awal rezeki ni (agaknya Allah nak kaklong belajar habis betul2, baru boleh dapat kerja.Amin). Syukur juga kerana Allah gerakkan hati dan berikan kekuatan untuk sambung belajar lagi. Lepas tu, ditanggung sepenuhnya pula tu. Jadinya, orang (KPT dan Univ.) dah berbudi kita kenalah berbahasa (belajar betui2lah. Takleh kantoi tengah jalan).

Yang pasti, restu suami tercinta tanpa berbelah bagi untuk kaklong belajar lagi yang paling MAHAL nilainya. Redha suami tu pentingkan? Ditambah sokongan ahli keluarga tercinta; anak2, mak, mertua, adik beradik, ipar duai dan lain2.

"Ya Allah, kupohon padaMu, permudahkan segala urusan pelajaranku, keluargaku. Bantulah aku selalu. Amin"

No comments: