Wednesday, December 5, 2007

Jawapan temuduga

Bismillahirrahmanirrahiim.

Macam menunggu durian tak gugur ke tanah akan keputusan temuduga slab/Slai tu. Kerap gak telefon ke Bahagian Sumber Manusia Univ. B bertanyakan khabar berita. Hinggalah dalam bulan September 2007 (tak ingat tarikh), kaklong dapat tau secara lisan yang kaklong lulus dalam temuduga tu, tapi belum dapat surat tawaran lagi. Dan kaklong diberitahu yang dalam bulan Oktober akan diadakan satu taklimat kepada semua yang layak menerima hadiah biasiswa slab/Slai tu.

Yang buat kaklong keliru tu bila pegawai tu bertanya samaada kaklong dah dapat penempatan pengajian atau belum. Tak faham makna penempatan pengajian tu. Akhirnya diterangkan berulang kali, barulah faham yang tawaran hadiah latihan tu tidak melibatkan tempat belajar. Bakal pelajar kena cari tempat pengajian sendiri, tak kisah universiti mana pun dalam negara. Tapi untuk pengambilan kali ni mereka nak pelajar belajar univ. dalam negara dan mesti mendaftar sebelum atau pada 31 Disember 2007.

Jadi, kaklong putuskan untuk memohon belajar di Fakulti X saja sebabnya memang bidang yang kaklong nak ada ditawarkan di fakulti tu. Ikutkan suami suruh memohon Univ. C, tetapi hati kaklong lebih kuat nak memohon kat Fakulti X, Univ. B aje.

Makanya, kaklong menelefon Dr. X di Fakulti X (bekas pensyarah kaklong semasa degree) dan menyatakan hasrat hati kaklong. Syukurlah dia bersetuju untuk menyelia kaklong. Selesai satu kerja. Bahkan kami berjanji untuk berjumpa dalam minggu terakhir September 2007. Tetapi hajat bertemu tak kesampaian sebab minggu terakhir tu, kaklong bersalin pada 30 September. Ia 2 minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin sepatutnya 12 Oktober.

No comments: