Saturday, March 29, 2008

Kelas tamat

Salam...

Tamat akhirnya kelas research methodologi untuk pelajar2 pascasiswazah yang menggabungkan pelajar Master dan ph.D. Hari ini adalah harinya.

Sedih pula rasanya kerana selepas ini belum tentu kami akan berjumpa lagi, maklumlah untuk kami pelajar ph.D, inilah satu2nya kelas yang ada. Dan bila dah habis ni, memang susah sungguh nak berjumpa kecuali yang ambil inisiatif nak buat perjumpaan. Mana taknya, kebanyakan drp pelajar ph.D ni ada yang datang daripada luar Selangor dan tidak menginap di asrama apatah lagi kebanyakan di antara kami telah berkahwin. Kalau kami yang org Kolumpor atau Selangor ni, saja2 nak terserempak kat kampus tu memang susahlah. Masing2 ada jadual tersendiri.

Tadi, sebelum berpisah dan membawa haluan masing2, kami bertukar2 no telefon dan ada yang bertukar email. Sempat gak tu makan sama2 buat kali ini, harapnya akan makan bersama lagi di lain hari.

Hmm..kaklong fikir nak buat email grup pascasiswazah ni utk teman2 yang rapat tapi mesra :). Bukannya apa, selain daripada nak memastikan silaturrahim terus berpanjangan, email grup ni jugak nak dijadikan tempat meluahkan perasaan stress ke, nak bagi semangat kat satu sama lain ke..go go chaiyyuk!!! Paling penting bila ada kengkawan ni bagitau dah masuk sekian2 bab, ha..masa tu sesapa yang masih terkapai2 nak buat atau nak menghabiskan satu2 bab penulisan ni mesti rasa tercabar dan bersemangat nak buat samakan? Nama grup dah fikirkan? Udah..hihi..tak pe, nanti nak create email add. grup bila free.

Sekarang ni tak boleh, sebab dah letih sangat, baru tak baru dalam 2 jam baru berehat kat rumah ni. Semalam tidur rumah mak. Pagi tadi ke kelas daripada rumah mak. Anak2 semua kat rumah mak. Lepas maghrib tadi kami bertolak balik dan singgah pasaraya beli barang dapur sikit. Ni pun menaip sambil meriba Asmaa yang sedang menyusu. Dah terlelap pun. Ayokk..lenguh dah lengan duk jadi alas kepala asmaa ni, mana nak menaipnya lagi. Oklah..nak rehat dulu..tapi tak leh lelamo, rumah den tunggang langgang ni :(.

3 comments:

david santos said...

Hello, Kaklong! Have a good day.


NURIN JAZLIN
MURDERED. 9 YEARS OLD. WHY? ARE WE HUMAN?
.
Please!
TO AVOID SUCH A TRAGEDY HAPPENING AGAIN, AND FOR THE SALVATION OF OUR CHILDREN, WE ARE DOING A WORLDWIDE CAMPAIGN, DISPLAYING THE IMAGE OF NURIN JAZLIN JAZIMIN IN BLOGS ALL OVER THE WORLD ON 25TH APRIL 2008. LET'S NOT FORGET NURIN JAZLIN.

simah said...

alahai syikin...sedih saya baca entry awak ni....tapi saya tau awak tabah...suami pun kuat beri semangat kan? mak awak pun sedia jaga cucu... so chin up and smileeee... (walaupun badan lesu gila yek?) take care syikin! doa saya utk awak...

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Dear Kaklong Syikin.. jenjalan dari website SaifulIslam, terstumbled kat blog akak :) Salam ukhuwwah

Kita sekapal nampaknye. Alhamdulillah registered as a PhD student bulan 10 tahun lepas. Skarang baru nak start data collection. Baru habis pantang anak ketiga :)

Bila baca tulisan KakLong ni, macam terasa sangat. Ye lah, saya ni pun sambil menaip, sambil mendodoi baby. Tapi skarang ni tengah betul - betul takde mood [di manakah mood ku menghilang?] Dok buat ethics approval tak siap - siap. Doakan saya! Kalau rajin nak share2 citer ibu2 dok buat PhD ni, bleh la email: nazatulshiha@um.edu.my sambil sama2 membakar semangat!
Wasalam.