Thursday, September 17, 2009

Perhatian : Pasli

Salam Ramadhan semua,

Kaklong nak mohon kepada seseorang yang menggunakan email address kalau tak salah menggunakan nama PASLI (maaf sangat2 tak ingat alamat email anda) supaya email semula kepada kaklong akan pertanyaan anda sebelum ni berhubung disertasi. Ini kerana kaklong tak sengaja terpadamkan email anda dan bila cuba mencari semula dalam ruang TRASH, dah padam automatik, jadi tak dpt nak jejak semula. Harap tidak kecil hati kerana menunggu lama, tetapi kerana masalah di atas. Sekiranya anda membaca entri ini dan terus mengemail pada kaklong pertanyaan anda itu semula, harap bersabar menanti balasan kerana kaklong akan bercuti lama di kampung. Paling cepat 27 September baru dpt online semula kerana di kampung tiada kemudahan internet. Sebaiknya menggunakan email : syikin_phd2007@yahoo.com

Ok, berbalik pada cerita sendiri. Lama tak update blog ni..

Sibuk tak sibuk, begitulah adanya.

Alhamdulillah, 2 bab dah diterima oleh penyelia tesis.

Pertemuan kami baru2 ni mencapai konklusi baru yang kaklong kena tambah satu bab lagi ( 6 bab semua) dan kami mesti berjumpa sekali sebulan. Kaklong setuju sebab ini salah satu cara nak cepat habis menulis. kalau tak, jumpa satu semester sekali, alamat tak bergeraklah kerja2 menulis. Tambahan pula seorang diri mcm ni, tak ke kampus hari2, memang boleh lalai sangat2. Ini pengalaman sendirilah :)

Ni nak siapkan draf baru untuk pertemuan akhir bulan nanti. Penyelia kata tak kisah tak banyak muka surat, janji ada hasil penulisan yang dia boleh periksa.

Ok, SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN SEMUA. Kepada semua pelajar, belajar belajar juga, raya jangan tak raya. Kesian ahli keluarga anda tak beraya bersama anda :)

1 comment:

nonie said...

Salam kak long syikin... terjumpa blog ni masa bloghopped dari blog2 phd candidates lain... respect la pada kak long, masih giat menulis wpun dengan kehadiran org baru baby ke 6 pulak tu! nonie yg wibuk write masa dlm pantang baby ke-2 dulu pun rasa mencabar sangat... apapun nonie doakan semoga kak long akan berjaya menamatkan phd dengan jayanya dalam masa terdekat ni.. AMIN!