Salam,
TERIMA KASIH KAK ILAH!!!!
Itu yang kaklong dapat ucapkan buat masa ini setelah menerima bungkusan berisi sebuah buku " PhD : kecil tapi signifikan" tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim, dua hari yang lalu daripada Kak Ilah, teman blogger yang sedang menyiapkan disertasi masternya dan juga pengunjung tetap blog ini.
TERIMA KASIH KAK ILAH!!!!
Itu yang kaklong dapat ucapkan buat masa ini setelah menerima bungkusan berisi sebuah buku " PhD : kecil tapi signifikan" tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim, dua hari yang lalu daripada Kak Ilah, teman blogger yang sedang menyiapkan disertasi masternya dan juga pengunjung tetap blog ini.
Sebuah buku yang kaklong dah lama berangan nak beli, tapi asyik tertangguh-tangguh, akhirnya menerima ia sebagai satu hadiah persahabatan daripada seorang blogger yang BELUM PERNAH BERSUA MUKA, atau BERTELEFON, jauh sekali berSMS ! Itulah Kak Ilah.
Rupanya dia dah email pada kaklong sejak minggu lepas , tapi kebetulan kaklong tak buka inbox email tu (kaklong ada banyak email add sbnrnya hehe). Bila dia tanya dlm blog lagi satu samada dah baca email atau belum baru kaklong tergerak nak bukak(bertuah punya kaklong). Dia minta alamat rumah rupanya, ada sesuatu utk diposkan katanya. Hmm..berdebor betul masa tu. Apalah benda yang nak diposkan tu. Tak percaya pun ya, yelah, baru kenal kat blog aje tup tup nak bagi hadiah kat kita. Entah apa yang membuatkan kak Ilah memberikan hadiah ini kepada kaklong, kaklong tak tau. Tapi kak Ilah cakap macam kami ni dah kenal lama.. :). Kalau gitu alhamdulillah :). Saya pun rasa macam dah kenal lama ngan akak :). Itulah gerak hati yang Allah bagi pada kitakan.
Yang pasti, kehendak Kak Ilah supaya kaklong mendapat manfaat dari buku tersebut seperti mana titipan notanya, insyaAllah, pasti ada manfaatnya kerana ia melibatkan dunia PhD.
Kak, saya dah mula baca sikit-sikit, belek2..nampak menarik. InsyaAllah, akan khatam juga. Apapun syukur pada Allah kerana atas kehendak Dialah menggerakkan hati Kak Ilah menghadiahkan buku ini :). Dan saya doakan juga, Allah permudahkan perjalanan penulisan tesis akak. Amin.
p.s. Maaf, gambar buku tak dpt dimasukkan sebab pc ni ada problem sikit, cuma syukur masih boleh guna internet. Tapi boleh klik di sini untuk melihatnya.
3 comments:
Salam,
Hehehe... terharu..siap jadi entry baru pulak tu..malu pun ader. Entahlah syikin, mungkin ketentuan Allah yg mendorong akak berbuat begitu. Mulanya nak beli 2, tapi yg tinggal 1 je..yg 1 lg pun cadangnya nak hadiahkan pada kawan jugak..mungkin rezeki syikin. Mungkin sebab skrg ni pun akak ada kwn yg sama2 buat masters, dan namanya pun SYIKIN! Terasa kepuasan bila orang seronok mendapat hadiah kita! hehehe, bukan sebab kaya ye. Dan akak percaya, jika kita gembirakan hati orang, insyaAllah, Allah juga akan gembirakan hati kita. Ada citer menarik masa nak pos tu..nanti akak stori dalam entry akak ye.
nanti bagi lah synopsis buku tu...kat sini mmg tak akan ada jual la kat kedai..haha....btw saya pun tgh sambung phd...huhu
salam,
tu lah..kasi le review skit buku tu. saya pon amik PhD gak..dlm masa 4 thn lagi..huhu...
Post a Comment