Salam Ramadhan semua,
Kaklong nak mohon kepada seseorang yang menggunakan email address kalau tak salah menggunakan nama PASLI (maaf sangat2 tak ingat alamat email anda) supaya email semula kepada kaklong akan pertanyaan anda sebelum ni berhubung disertasi. Ini kerana kaklong tak sengaja terpadamkan email anda dan bila cuba mencari semula dalam ruang TRASH, dah padam automatik, jadi tak dpt nak jejak semula. Harap tidak kecil hati kerana menunggu lama, tetapi kerana masalah di atas. Sekiranya anda membaca entri ini dan terus mengemail pada kaklong pertanyaan anda itu semula, harap bersabar menanti balasan kerana kaklong akan bercuti lama di kampung. Paling cepat 27 September baru dpt online semula kerana di kampung tiada kemudahan internet. Sebaiknya menggunakan email : syikin_phd2007@yahoo.com
Ok, berbalik pada cerita sendiri. Lama tak update blog ni..
Sibuk tak sibuk, begitulah adanya.
Alhamdulillah, 2 bab dah diterima oleh penyelia tesis.
Pertemuan kami baru2 ni mencapai konklusi baru yang kaklong kena tambah satu bab lagi ( 6 bab semua) dan kami mesti berjumpa sekali sebulan. Kaklong setuju sebab ini salah satu cara nak cepat habis menulis. kalau tak, jumpa satu semester sekali, alamat tak bergeraklah kerja2 menulis. Tambahan pula seorang diri mcm ni, tak ke kampus hari2, memang boleh lalai sangat2. Ini pengalaman sendirilah :)
Ni nak siapkan draf baru untuk pertemuan akhir bulan nanti. Penyelia kata tak kisah tak banyak muka surat, janji ada hasil penulisan yang dia boleh periksa.
Ok, SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN SEMUA. Kepada semua pelajar, belajar belajar juga, raya jangan tak raya. Kesian ahli keluarga anda tak beraya bersama anda :)
Thursday, September 17, 2009
Saturday, June 20, 2009
Belajar belajar juga, beranak beranak juga :)
salam,
bersawang betul blog ni...
Lama tak kongsi cerita pasal pengajian kaklong. masih sibuk ngan dunia pengajian sehinggalah sepanjang april - mei terpaksa menghadkan pergerakan disebabkan kebimbangan kelahiran pra matang bayi kaklong ni kerana baby 'engaged' awal, iaitu pada 27 minggu.
Tara...atas tu gambar anak lelaki kaklong. kiranya anak yang ke 6 tapi anak lelaki ke 2. Seronok sangat atas hadiah Allah ni, yelah dah ada heroin 4, satu hero, naklah tambah satu hero lagi..huh, tamakkan? ada orang dapat semua anak lelaki atau semua anak perempuan relax aje..ye tak? itulah kelemahan manusia, susah nak berpuas hati dengan apa yang ada..
Ok..kaklong bersalin 12 jun lepas, hari jumaat jam 1 a.m. Syukur semuanya dipermudahkan.
Nak dijadikan cerita, sebelum bersalin ni, kaklong sibuk nak siapkan draf ke 2 bagi bab ke 2 dan bab ke 3. Tension i tell you..bimbang tak sempat siapkan sebelum bersalin, sebab utama baby dah 'engaged' awal, bila-bila boleh 'meletup'. Tapi kaklong duk la berdoa," janganlah baby keluar dulu, biar ummi siapkan kerja ummi ni..
Dahlah arahan hantar research progress report kepada penyelia telah dikeluarkan dalam masa 2 minggu sepanjang cuti sekolah baru ni. kalau tak, nanti tak leh nak daftar untuk semester baru, julai nanti ni. Style supervisor kaklong pulak, selagi dia tak tengok progress terkini pelajar dia, dia takkan mahu sign borang research progress report tu, atau kalau dia bagi penilaian, memang tak memberangsangkan..jadinya satu cabaran pada kaklong untuk menghantar pembaikan draf bab ni, at least satu bab dulu. dan akhirnya, pada hari rabu 10 jun kaklong dapat menyiapkannya. Alhamdulillah. Dan Jumaat pula kaklong bersalin. Cantikkan? :) . Kerja draf tesis kaklong tu suami tolong buat pos laju pada supervisor..alhamdulillah, selesai 2 kerja.
Sekarang ni, tunggu badan kuat sikit..nak mulakan kerja baiki draf bab 3..kaklong tak amik cuti belajar sebab hanya menulis aje, tak perlu hadiri kelas. Rugi amik cuti, dahlah dikira cuti tu..kalau tak kira lain cerita. Biasiswa pun stop sekejap kalau kita amik cuti, nak sambung balik tu makan masa oooo...tu yang lomah badan den tu, so, baik tak cuti.
Cuma mungkin ada yang bertanya, ok ke hamil masa tengah belajar ni..pada kaklong atas individu..kalau kehamilan anda jenis mudah, tak jadi masalah. tapi kalau kehamilan anda banyak masalah terutama masalah bleeding, alahan teruk sampai masuk wad dan anda perlu hadiri kelas, itu boleh sedikit sebanyak menjejaskan pembelajaran anda. kaklong ni jenis kehamilan dan kelahiran bayi mudah, alhamdulillah, tu sebab kaklong tak kisah kalau pregnant masa belajar. Masa buat master dulu, kaklong dapat dua anak. Ikutkan sebenarnya tak plan pun nak ada anak tengah buat ph.d ni, tapi ni rezeki Allah bagi, kaklong percaya ada hikmahnya Dia beri masa ni..dan siapa sangka kaklong dapat jantina anak seperti yang diharapkan pula :). TERIMA KASIH ALLAH!!!!
ok..lain masa (entah bila la tu) kaklong kongsi cerita lagi..wassalam.
p/s: lupa nak cerita, hujung bulan mac lepas kaklong ke singapore board library cari bahan kajian. 2 hari pergi.
Thursday, February 26, 2009
Bab tesis
salam,
lamanya tak update..
perkembangan terkini, dah submit part 1 Bab 3..tapi belum discuss lagi ngan supervisor..
yang Bab 2 masih dalam pembaikan lagi..
alhamdulillah, mood beransur datang semula..bayangkan sejak 3 bulan lepas kaklong mengalami masalah mood merudum jatuh yang teruk..alhamdulillah gak sempat siap part 1 Bab 3 tu.
Dah 3 semester kaklong in the making of ph.d thesis..target lagi 3 sem habisla..boleh ke? nak cuba gak..tak kira..total bab thesis kaklong 5 bab aje..tapi tak taulah kot2 kena jadikan 6-7 bab. harap-harap tidaklah..
Tolong doa2kan ya kawan-kawan. Pada anda juga yang sama berjuang dengan saya, tak kira peringkat master dan ph.d..saya doakan yang terbaik dan boleh siap cepat gak.
to my beloved hubby..go go yang..you can complete your dissertation too..
Ha, pada anda yang tension-tension dan malas-malas nak belajar tu, amalkan minum jus D'Hatiku. Nak tau lanjut, sila klik di www.dihatiku.com , kita jumpa di sana hehehehe
Terima kasih ya pada yang masih sudi datang dan membaca blog yang tak berapa di updatekan ni..
lamanya tak update..
perkembangan terkini, dah submit part 1 Bab 3..tapi belum discuss lagi ngan supervisor..
yang Bab 2 masih dalam pembaikan lagi..
alhamdulillah, mood beransur datang semula..bayangkan sejak 3 bulan lepas kaklong mengalami masalah mood merudum jatuh yang teruk..alhamdulillah gak sempat siap part 1 Bab 3 tu.
Dah 3 semester kaklong in the making of ph.d thesis..target lagi 3 sem habisla..boleh ke? nak cuba gak..tak kira..total bab thesis kaklong 5 bab aje..tapi tak taulah kot2 kena jadikan 6-7 bab. harap-harap tidaklah..
Tolong doa2kan ya kawan-kawan. Pada anda juga yang sama berjuang dengan saya, tak kira peringkat master dan ph.d..saya doakan yang terbaik dan boleh siap cepat gak.
to my beloved hubby..go go yang..you can complete your dissertation too..
Ha, pada anda yang tension-tension dan malas-malas nak belajar tu, amalkan minum jus D'Hatiku. Nak tau lanjut, sila klik di www.dihatiku.com , kita jumpa di sana hehehehe
Terima kasih ya pada yang masih sudi datang dan membaca blog yang tak berapa di updatekan ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)